KL CHRONICLE: Kini RBA mulakan serangan jijik keatas @MyKinabatangan di @twitter

Sunday, February 8, 2015

Kini RBA mulakan serangan jijik keatas @MyKinabatangan di @twitter

Akaun palsu yang dibuka oleh RBA
Selepas kenyataan menteri Kabinet Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob yang menggesa orang Melayu memboikot perniagaan Cina di Facebook minggu lepas mendapat sokongan ramai, kini Red Bean Army (RBA) dari @dapmalaysia cuba memfitnah pemimpin Umno Datuk Bung Mokhtar Radin melalui sebuah akaun palsu Twitter menggunakan identitinya direka untuk menyebarkan mesej perkauman.



Bung Mokhtar yang juga ahli Parlimen Kinabatangan memberitahu #KLChronicle akaun Twitternya ialah @mykinabatangan dan bukannnya @mpkinabatangan.

"Itu bukan akaun saya. Itu akaun palsu yang menyamar sebagai saya. Akaun saya yang sebenar adalah @MyKinabatangan," katanya ketika dihubungi.
Akaun Twitter palsu Bung Mokhtar hari ini memuji Kumpulan Militan Negara Islam Syria dan Iraq (Isis) dan menghina kaum Cina.

“@YouTiup @IsmailSabri60 ISIS is better than some chinese @YouTiup @IsmailSabri60 ISIS lebih baik daripada sesetengah orang Cina),” tulis status akaun palsu Bung Mokhtar @mpkinabatangan.

Hari ini Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Hussein berkata kenyataan perkauman Ismail terhadap peniaga Cina tidaklah seburuk tindakan yang dilakukan Isis dalam membunuh juruterbang Jordan.

"Jika mahu bercakap tentang kesederhanaan, saya rasa tindakan Isis membakar juruterbang Jordan lebih buruk daripada kes melibatkan Ismail Sabri," kata Hishammuddin pada sidang media selepas merasmikan Simposium Kepimpinan dan Aspirasi Negara (NALS) ke-3 di Kuala Lumpur hari ini.

No comments:

Share This

Comments

Facebook Popup

Powered by Blog - Widget