KL CHRONICLE: Kini @Nsurendrann Tekad Mahu @Anwaribrahim Kekal Jadi Ketua Umum

Sunday, February 22, 2015

Kini @Nsurendrann Tekad Mahu @Anwaribrahim Kekal Jadi Ketua Umum




#KLChronicle says : Kami faham kenapa N.Surendran bermati-matian mahu seorang banduan seperti Anwar Ibrahim kekal sebagai KETUM PKR. Jika kita masih ingat, Anwar lah yang telah melantik N. Surendran sebagai salah seorang Naib Presiden PKR walaupun N Surendran tidak mempunyai kekuatan dari segi sokongan akar umbi atau pun jawatan dalam parti.




Semua orang tahu bahawa Suren merupakan "Anak Emas" Anwar sama seperti Rafizi Ramli. Namun kini setelah Anwar dihumban dalam penjara, Suren sudah mula sedar bahawa pengaruh beliau dalam PKR juga akan mula berkurang kerana beliau (Suren) bukan dalam kem Azmin Ali. Bagi memastikan beliau terus kekal dalam PKR, Anwar perlu kekal sebagai KETUM. 

Senang sugguh nak predict politik PKR ni..apa pendapat pembaca?

ARTIKEL DARI THE MALAYSIAN INSIDER : 

Datuk Seri Anwar Ibrahim, yang dihukum penjara kerana sabitan kes liwat, akan kekal sebagai Ketua Umum PKR walaupun beliau bukan lagi ketua pembangkang dan ahli Parlimen, kata seorang pemimpin parti itu.

N.Surendran, salah seorang ahli jawatankuasa pusat parti, berkata Anwar akan mengekalkan kedudukan itu kerana parti mengiktiraf sumbangan beliau yang tidak ternilai.

"Jawatan ketua umum tidak berkait dengan undang-undang dan Pendaftar Pertubuhan tidak boleh mengarahkan kami menyingkirkan Anwar dari PKR," katanya kepada portal pembangkang The Malaysian Insider, merujuk kepada kedudukan ahli Parlimen Permatang Pauh itu selepas Selasa ini.

Surendran, ahli Parlimen Padang Serai dan seorang peguam, juga berkata tiada sebarang halangan untuk Anwar kekal sebagai penasihat ekonomi negeri Selangor seperti yang diumumkan Menteri Besar Mohamed Azmin Ali.

Isteri Anwar, Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail ialah presiden parti PKR.

Pada 10 Februari, Anwar gagal dalam rayuan terakhirnya di Mahkamah Persekutuan bagi membatalkan sabitan dan hukuman penjara lima tahun kerana kesalahan meliwat bekas pembantunya Mohd Saiful Bukhari Azlan pada 2008.

Anwar ketika ini sedang menjalani hukuman di penjara Sungai Buloh.

No comments:

Share This

Comments

Facebook Popup

Powered by Blog - Widget