KL CHRONICLE: Kini Datuk Noor Ehsanuddin Bidas Pembangkang , Beri Amaran Jangan Cabar Institusi Diraja

Friday, February 13, 2015

Kini Datuk Noor Ehsanuddin Bidas Pembangkang , Beri Amaran Jangan Cabar Institusi Diraja



Kami di #KLChronicle ingin mengucapkan syabas dan tahniah kepada Datuk Noor Ehsanuddin, Ahli Parlimen Kota Tinggi kerana telah berani bangkit mempertahankan institusi beraja daripada terus diherdik dan dihina oleh pihak pembangkang. Umum ketahui bahawa pihak pembangkang di negara ini tidak akan tenteram dan akan terus menyerang institusi beraja sehingga ianya dihapuskan. 



Namun, kita bernasib baik apabila ada pemimpin UMNO seperti Datuk Noor Ehsanuddin yang berani mempertahankan institusi beraja daripada terus menjadi "modal" politik murahan pembangkang. Isu ini timbul apabila dua parti pembangkang, iaitu PAS dan DAP mula berbalah sesama sendiri berkaitan isu pemilihan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) namun apabila kedua-duanya tidak dapat sepakat, akhirnya institusi diraja yang menjadi "punching bag".

Kami di #KLChronicle juga ingin memberi amaran kepada pihak pembangkang supaya menjaga mulut dan jangan disebabkan politik institusi diraja pula yang diserang. Perbalahan antara PAS dan DAP wajar diselesaikan sendiri kerana ianya merupakan hal dalaman. Jangan kerana marah sesama sendiri, rakyat dan institusi diraja yang menjadi mangsa kerakusan mereka! 

No comments:

Share This

Comments

Facebook Popup

Powered by Blog - Widget