KL CHRONICLE: Kini Ahli Parlimen PKR Gooi Hsiao Leung kata masalah orang tengah tidak "besar" pulak dah

Saturday, February 14, 2015

Kini Ahli Parlimen PKR Gooi Hsiao Leung kata masalah orang tengah tidak "besar" pulak dah

Ahli Parlimen PKR yang lebih risau tentang orang tengah berbanding masalah rakyat

Ahli Parlimen Alor Setar Gooi Hsiao-Leung berkata, masalah orang tengah dalam industri beras tidaklah merupakan sebesar masalah rasuah dan salah urus skim subsidi beras.

Ismail sering menuduh orang tengah berpakat menetapkan harga runcit tinggi bagi hasil segar seperti sayur-sayuran, ayam dan ikan, pada masa sama membeli dengan harga rendah daripada petani dan nelayan. - The Malaysian Insider

#KLChronicle says : Inilah masalah dengan pihak pembangkang. Datuk Seri Ismail Sabri berusaha untuk menurunkan harga barang dengan melancarkan "Jihad Memerangi Orang Tengah", terdapat pula rakyat Malaysia macam Gooi Hsiao Leung yang cuba mempertahankan golongan orang tengah ini yang mengaut keuntungan atas angin sekaligus menyusahkan para petani dan nelayan yang membanting tulang mencari rezeki. 




Umum ketahui bahawa orang tengah inilah yang menjadi antara punca utama harga barang naik secara mendadak. Jika kita lihat dari segi "supply chain",:

  1. Nelayan keluar ke laut menangkap ikan. Minyak, kos penyelengaraan dan segala kos menangkap ikan dikeluarkan oleh nelayan. 
  2. Nelayan membawa pulang hasil tangkapan, di Jeti telah tunggu orang tengah dan membeli kan dengan harga yang rendah secara pukal. 
  3. Orang tengah kemudian memandu kenderaan ke pemborong dan menjual kepada pemborong ikan tersebut dengan harga yang tinggi. 
  4. Peruncit kemudian membeli harga dengan pemborong dengah lebih tingi daripada harga yang dibeli oleh pemborang dari orang tengah.
  5. Perunci jual ikan kepada pengguna dengan harga yang telah di "markup" sebanyak 3 kali 
Akhirnya yang rugi adalah pengguna. Jika orang tengah ini dapat dihapuskan, satu daripada "supply chain" ini dapat dikurangkan sekaligus turunkan harga barang. Perkara ini sangat mudah tetapi apabila ada ahli Parlimen PKR seperti ini yang cuba mempertahankan orang tengah, bangkit persoalan adakah ahli Parlimen PKR ini bersama rakyat ataupun bersama parasit yang merosakkan harga barangan? Cuba fikirkan. 


No comments:

Share This

Comments

Facebook Popup

Powered by Blog - Widget