KL CHRONICLE: Hubungan PAS dengan PKR dan DAP Semakin Berkecamuk

Monday, February 23, 2015

Hubungan PAS dengan PKR dan DAP Semakin Berkecamuk

Pendapat Datuk Dr. Mashitah tentang isu politik semasa dalam Pakatan Rakyat wajar dijadikan rujukan 
Membaca tulisan Datuk Dr Mashitah Ibrahim, Pengerusi Eksekutif Yayasan Pembangunan Pondok Malaysia (YPPM) di akhbar Sinar Harian [DISINI] ada benarnya. Menurut Datuk Dr. Mashitah, hubungan PAS dengan DAP & PKR semakin berkecamuk dimana PAS kini tidak lagi dihormati sebagai sebuah parti yang terbesar dalam Pakatan Rakyat dengan jumlah ahli yang begitu ramai sekali. 



Menurut Datuk Dr. Mashitah Ibrahim, ketiga-tiga parti ini bertelagah dalam hampir semua perkara. Selain bercanggah pendirian dalam soal hudud dan pilihan raya kerajaan tempatan, mereka juga tidak sekata dalam soal pelaksanaan beberapa peraturan di Kelantan seperti penutupan premis pada waktu solat Jumaat dan penjualan arak di premis 24 jam di kawasan majoriti Melayu, serta pemilihan calon menggantikan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Ketua Pembangkang.

Kami di #KLChronicle mengucapkan Terima Kasih kepada Datuk Dr. Mashitah Ibrahim kerana telah mengambil langkah proaktif untuk "highlight" perkara ini kepada rakyat. Umum ketahui, rakyat kini sudah semakin muak dengan tingkah laku pemimpin pembangkang terutamanya DAP dan PKR yang dilihat tidak langsung hormat akan prinsip serta perjuangan orang Islam.

Gobind mahu singkir keluar PAS dari PR

Baru-baru ini, kita dikejutkan pula oleh gesaan Gobind Singh Deo, anak kepada mendiang Karpal Singh yang memberi amaran kepada PAS supaya keluar dari Pakatan Rakyat jika ingin terus melaksanakan hudud di Kelantan. Namun, kami di #KLChronicle sebagai orang Islam amat kecewa dengan sikap biadap DAP ini memandangkan walaupun PAS tidak bersetuju dengan Pilihanraya PBT yang diperjuangkan DAP, tidak pernah pula PAS menggesa DAP keluar dari Pakatan Rakyat. 

Ini membuktikan bahawa PAS sebenarnya hanya dijadikan alat oleh DAP dan PKR bagi mencapai cita-cita mereka untuk menawan Putrajaya sehinggakan parti Islam ini (PAS) langsung tidak dihormati. Kami di #KLChronicle berharap bahawa PAS akan mula bangkit dan sedar bahawa mereka sebenarnya dipergunakan oleh kuasa lain sahaja. Untuk terus berdiri teguh dan berjuang, PAS kena bangkit daripada terus diperbodohkan. 

No comments:

Share This

Comments

Facebook Popup

Powered by Blog - Widget