KL CHRONICLE: Bersih 2.0 & PKR Tak Habis-Habis Protes Persempadanan Semula oleh SPR, Dah Tak Ada Kerja Lain Ke?

Friday, February 27, 2015

Bersih 2.0 & PKR Tak Habis-Habis Protes Persempadanan Semula oleh SPR, Dah Tak Ada Kerja Lain Ke?




NGO Pembangkang, Bersih 2.0 nampaknya tidak habis-habis protes persempadanan semula yang dilakukan oleh Suruhanjaya Pilihanraya (SPR). Bagi Bersih 2.0, apa yang dilakukan oleh SPR semua adalah salah. Namun, pernahkah Bersih 2.0 fikir bahawa jika pilihanraya kita begitu "teruk", bagaimana pula pembangkang boleh menang Selangor, Penang dan Kelantan pada PRU 2008 dan PRU 2013?



Jangan lupa juga bahawa pembangkang juga telah menang banyak Pilihanraya Kecil (PRK) yang telah diadakan oleh SPR. Antara terbaru yang pembangkang menang adalah di Kajang. Kalau betul SPR memanipulasi pilihanraya mana mungkin PKR boleh menang dalam PRK tersebut? 

Jangan juga lupa, Bersih 2.0 bersama rakan mereka dalam pakatan pembangkang juga telah menuduh bahawa terdapat 40.000 bangla yang telah mengundi pada pilihanraya yang lepas namun last-last Anwar telah buat U-Turn dan nafikan perkara itu. Namun, memandangkan kini teknologi semakin canggih, kami telah berjaya "print screen" kenyataan Anwar di KeadilanDaily:

Fitnah Anwar terhadap kerajaan dan SPR

Namun, apabila Anwar tidak dapat membuktikan perkara ini, beliau terus buat U-Turn dengan mengatakan tidak pernah keluarkan kenyataan tersebut:

Anwar buat U-turn pula dan kantoi menipu

Perangai Anwar ini sama juga dengan perangai Bersih 2.0 yang hanya tahu membangkang dari longkang apa sahaja perkara yang dilakukan oleh SPR. Kami di #KLChronicle kata Bersih 2.0 dan PKR sama sahaja perangai mereka kerana kedua-duanya adalah kawan akrab. Lihat gambar dibawah:

Anwar dan Ambiga bersahabat baik

Jadi bagi kami di #KLChronicle, pilihanraya kita adalah telus cuma pihak pembangkang dan NGO mereka iaitu Bersih 2.0 hanya mahu memporak-perandakan negara bagi kepentingan meraka sendiri. Jadi sebagai rakyat yang bertanggungjawab, usah kita layan perbuatan jijik dan kutuk mereka ini. Kita kena bangkit dan pertahankan SPR yang terbukti telus dalam melakukan amanah yang diberikan. 

No comments:

Share This

Comments

Facebook Popup

Powered by Blog - Widget