KL CHRONICLE: Belia Cina Akui GAGAL bertutur Bahasa Malaysia, tidak sepakat mengenai kepentingannya

Thursday, February 5, 2015

Belia Cina Akui GAGAL bertutur Bahasa Malaysia, tidak sepakat mengenai kepentingannya

Belia Cina, Katarina Law Jen-Yu ketika ditemu bual The Malaysian Insider mengaku beliau tidak boleh membuat ayat lengkap dalam bahasa Melayu. – Gambar The Malaysian Insider oleh Wong Yu Han, 5 Februari, 2015.
Belia Cina, Katarina Law Jen-Yu ketika ditemu bual The Malaysian Insider mengaku beliau tidak boleh membuat ayat lengkap dalam bahasa Melayu.
Semalam, The Malaysian Insider melihat kepada ibu bapa Melayu yang memilih menghantar anak ke sekolah Cina, mengatakan mereka membuat keputusan demikian berdasarkan kualiti sekolah tersebut dan minat menguasai bahasa Mandarin dianggap bahasa ketiga yang mampu menjamin masa depan.

Hari ini, tumpuan ialah terhadap rakyat Malaysia daripada etnik Cina yang tidak boleh bertutur dalam Bahasa Malaysia, walaupun lahir dan dibesarkan di negara ini.



Mereka memberitahu The Malaysian Insider, mereka menghadapi beberapa masalah dalam negara kerana ketidakupayaan itu dan ia membataskan komunikasi mereka dan mengehadkan destinasi yang boleh dikunjungi mereka.

Har Chee Hou berkata dia terpaksa menggunakan bahasa Melayu yang teruk ketika membantu calon DAP berkempen dalam pilihan raya umum tahun lalu. – Gambar The Malaysian Insider oleh Wong Yu Han, 5 Februari, 2015.
Har Chee Hou berkata dia terpaksa menggunakan bahasa Melayu yang teruk ketika membantu calon DAP berkempen dalam pilihan raya umum tahun lalu. 
Mereka juga tidak merasa ada kaitan dengan bahasa itu yang dipelajari di sekolah secara 'rote'. Sesetengahnya juga berkata mereka tidak merasakan Bahasa Malaysia (BM) itu penting kerana ia tidak digunakan di negara lain.

Katarina Law Jen-Yu, yang bersekolah menengah di Wesley Methodist selepas mendapatkan pendidikan rendah di sekolah Cina berkata, beliau tidak mampu membuat satu ayat yang lengkap ketika berbual dalam BM.

"Saya cuba mengelak bercakap dengan guru, dan kalau terpaksa juga, saya campur bahasa Inggeris dan BM atau tulis ayat dalam BM atas sekeping kertas dan mengulanginya di depan guru," katanya.

Har Chee Hou berkata dia terpaksa menggunakan bahasa Melayu yang teruk ketika membantu calon DAP berkempen dalam pilihan raya umum tahun lalu. – Gambar The Malaysian Insider oleh Wong Yu Han, 5 Februari, 2015.Har Chee Hou berkata dia terpaksa menggunakan bahasa Melayu yang teruk ketika membantu calon DAP berkempen dalam pilihan raya umum tahun lalu. – Gambar The Malaysian Insider oleh Wong Yu Han, 5 Februari, 2015.Seorang lagi, Har Chee Hou, bekas pelajar Foon Yew Chinese Independent School di Johor, menggunakan BM yang teruk ketika berkomunikasi dengan orang Melayu semasa membantu calon DAP kerusi Johor Jaya, Liow Cai Tung, berkempen ketika Pilihan Raya Umum 2013 (PRU13).

“Saya turut membantu dalam kempen semasa menghadapi PRU13, ia memberi saya peluang berinteraksi dalam BM dengan wakil dari PKR dan PAS.

“Walaupun menggunakan BM yang teruk, mereka masih boleh faham apa yang saya katakan," katanya.

Bercakap dalam 'bahasa rojak' - mencampurkan antara bahasa Inggeris dan BM - kadang-kadang memang boleh membantu, seperti dalam kes Chan Kah Fai, bekas pelajar Pin Hwa High School.

Katanya, dia sekarang terpaksa belajar bertutur dalam BM, sambil mencampurkannya dengan bahasa Inggeris, ketika menjalankan tugas di pejabat perkhidmatan pelanggan di sebuah syarikat telekomunikasi.

Kalau tidak, sukar baginya untuk berkomunikasi, katanya.

Bagi mereka, menjalankan aktiviti harian seperti membeli-belah, membuat pesanan makanan atau berurusan di bank dan pejabat yang mempunyai kakitangan Melayu tidak menjadi satu masalah kerana kebanyakan yang ditemu bual berkata mereka sama ada akan meminta bantuan orang lain bercakap bagi pihaknya atau akan bercakap dalam bahasa rojak.

Ramai orang Melayu faham apabila bercakap dalam bahasa Inggeri bercampur bahasa Melayu, kata belia Cina, Tan Jia Mun. – Gambar The Malaysian Insider oleh Wong Yu Han, 5 Februari, 2015.Ramai orang Melayu faham apabila bercakap dalam bahasa Inggeri bercampur bahasa Melayu, kata belia Cina, Tan Jia Mun. – Gambar The Malaysian Insider oleh Wong Yu Han, 5 Februari, 2015."Saya selalunya ada teman yang boleh bercakap BM dengan baik apabila saya keluar," akui Tan Jia Mun yang belajar di sekolah kebangsaan di Puchong, Selangor tetapi tidak boleh bertutur dengan baik di dalam BM.

Seorang lagi yang hanya mahu dikenali sebagai Wong dari SMK Assunta, Petaling Jaya, berkata, beliau selalunya mencampurkan bahasa Inggeris dan BM kerana mendapati orang Melayu lebih memahaminya begitu.

"Susah hendak cari orang Melayu yang tidak bercakap bahasa Inggeris langsung. Lagipun, semua kawan Melayu saya bertutur dalam bahasa Inggeris,” katanya.

Pembelajaran secara hafalan

Tidak boleh bertutur dalam BM tidak bermakna seseorang itu tidak boleh membaca atau menulis dalam bahasa itu.

Semua belia yang ditemu bual berkata, sekiranya pelajar banyak membaca dan menghafal contoh karangan, perkataan dan simpulan bahasa Melayu, mereka boleh dengan senang berjaya dalam peperiksaan atau paling kurang pun lulus subjek itu.

"Saya selalu gagal BM atau lulus sekadar cukup makan, sehinggalah saya ikuti kelas tuisyen di mana kami dipaksa menghafal sekurang-kurangnya satu karangan sehari dan perkataan BM serta simpulan bahasa yang canggih kerana kalau kita gunakan ia dalam karangan kita, kita dapat markah lebih dalam peperiksaan," kata Tan.

‘Menghafal’ ialah amalan yang biasa semasa di sekolah, katanya.

Wong ada caranya sendiri memastikan beliau lulus peperiksaan kertas BM. Dia akan tulis ayat dalam bahasa Inggeris dan kemudian terjemahkan ke dalam BM.

"Saya tidak teruk sangat dalam peperiksaan," katanya. "Bukan saya tidak mahu mahir dalam BM, malah keluarga saya hantar saya ke sekolah Melayu, tetapi apabila semua orang keliling saya bercakap dalam bahasa Inggeris, saya tiada peluang pun menggunakan BM.”

Integrasi negara

Ketidakupayaan rakyat Malaysia menggunakan bahasa kebangsaan dianggap negatif oleh sesetengah pemimpin politik, seperti Ahli Dewan Undangan Negeri Jorak dari Umno, Datuk Shahruddin Salleh yang berkata tahun lepas, mereka yang tidak mahir BM boleh dilucutkan kerakyatan.

Pada 2010, seorang mangsa ragut, Loh See Mooi, 51, dikutuk seorang pegawai polis ketika beliau membuat laporan. Dia disuruh 'balik China' kerana bercakap dalam bahasa Inggeris dengan pegawai itu.

Tinjauan orang ramai dijalankan The Malaysian Insider pada 2011 menunjukkan 28 daripada 107 responden hampir tidak boleh langsung bertutur dalam BM atau memahami bahasa itu.

Ia dijalankan selepas tinjauan Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Malaysia mendapati, satu daripada 4 pelajar Cina akan tercicir dari sekolah menengah kebangsaan.

Ditanya sekiranya mereka merasakan BM itu penting, belia Cina yang ditemui mempunyai dua pandangan, ada yang mengatakan ia perlu memandangkan Malaysia negara berbilang kaum, sementara ada yang mengatakan ia tidak berapa penting.

Chan contohnya, merasakan kemahiran BM perlu kerana terdapat rakyat Malaysia yang hanya boleh memahami bahasa itu.

"Memandangkan kita tinggal di negara majmuk, saya rasa perlu belajar BM supaya kita boleh menjadi lebih bertimbang rasa dan saling memahami.

"Tetapi, kalau tidak tahu pun, tidak bermakna kita tidak boleh hidup. Ramai lagi orang yang hidup senang lenang walaupun tidak pandai BM,” katanya.

Beliau juga bersetuju dengan pandangan Chan, mengatakan "satu-satunya perkara yang diperlukan untuk hidup di negara ini ialah toleransi."

Tan bagaimanapun merasakan BM tidak sepenting mana kerana ia "hanya bahasa yang digunakan di rantau yang kecil".

"BM bukan bahasa antarabangsa pun. Jadi, selagi kita boleh bercakap yang asas sudah memadai," katanya.

Wong bersetuju, mengatakan tidak tepat jika menganggap seseorang tidak boleh hidup di Malaysia kalau tidak boleh bertutur dalam BM.

"Kalau ekspatriat boleh tinggal di sini tanpa mengetahui sepatah kata dalam BM pun, kenapa kita tidak boleh? Semua ini 'double standard' saja," katanya. – 5 Februari, 2015.

- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/tinggal-di-malaysia-tanpa-bertutur-bm-belia-berpecah-mengenai-kepentinganny#sthash.MwpxbMRn.dpuf

1 comment:

huddin said...

APA YANG DINYATAKAN ITU MEMANG BENAR.... SESIAPA YANG PERNAH MENJADI PEGAWAI BANCI ISI RUMAH PASTI MENGALAMI MASALAH KOMUNIKASI INI..DAH LA TAK FAHAM BAHASA ,, BUDI BAHASA PUN TAK ADA..

Share This

Comments

Facebook Popup

Powered by Blog - Widget