KL CHRONICLE: Bantahan Datum Jelatek Kerana Tipu Janji, Bukan Perkauman

Saturday, February 14, 2015

Bantahan Datum Jelatek Kerana Tipu Janji, Bukan Perkauman

Rakyat Selangor semakin muak dengan tindakan kerajaan Selangor yang lebih pentingkan keuntungan

Isu Datum Jelatek ini nampaknya semakin "panas" apabila sebab utama project ini dibantah oleh penduduk setempat adalah kerana PENIPUAN dan JANJI tidak DITUNAIKAN oleh Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS). Umum ketahui bahawa PKNS kini dikuasai oleh puak PKR, DAP dan PAS dimana matlamat mereka sekarang adalah untuk mengaut keuntungan seberapa banyak yang mungkin dan bukan untuk membantu rakyat,

Berikut adalah secara ringkas penipuan yang dilakukan PKNS:



Pampasan yang sepatutnya antara RM250 ribu hingga RM500 ribu hanya menjadi RM130 ribu ke RM250 ribu.

Pembinaan yang sepatutnya menjadi pembangunan semula kawasan perumahan kos rendah dan penduduk terbabit akan diberi keutamaan untuk membeli rumah telah bertukar.

Rakyat yang dijanjikan pampasan yang besar bersetuju kerana mereka juga dijanjikan sebanyak 50 peratus daripada keseluruhan kuota pembangunan di tapak pangsapuri itu akan diberikan kepada bumiputera. Ini dijanjikan oleh Azmin Ali.


kuota 50 peratus unit rumah empat bangunan setinggi 45 tingkat yang pada awalnya diperuntukan kepada bumiputera itu tiba-tiba ditarik balik

BACA ULASAN KETUA UMNO BAHAGIAN AMPANG, DATUK ISMAIL KIJO:


Bantahan projek pembangunan Datum Jelatek bukanlah kerana perkauman tetapi menuntut janji membela nasib penduduk terlibat, demikian jelas Ketua UMNO Bahagian Ampang, Datuk Ismail Kijo ketika diminta mengulas mengenai isu terbabit.

“Penduduk marah dan memberontak bila janji yang dibuat tidak ditunaikan. Pampasan yang sepatutnya antara RM250 ribu hingga RM500 ribu hanya menjadi RM130 ribu ke RM250 ribu.

datummmm

“Pembinaan yang sepatutnya menjadi pembangunan semula kawasan perumahan kos rendah dan penduduk terbabit akan diberi keutamaan untuk membeli rumah telah bertukar.

“Bagaimana penduduk mahu membeli rumah jika harganya mencecah sehingga RM700 ribu… inilah yang penduduk marah. Bukan sebab perkauman,” katanya kepada UMNO-Online.

Tambah Ismail, projek yang diilhamkan oleh Barisan Nasional (BN) pada mulanya ini mula terpesong agendanya apabila negeri Selangor bertukar pucuk pimpinan sekaligus menyaksikan perundingan awal yang dipersetujui bersama Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) turut berubah.

“Rakyat yang dijanjikan pampasan yang besar bersetuju kerana mereka juga dijanjikan sebanyak 50 peratus daripada keseluruhan kuota pembangunan di tapak pangsapuri itu akan diberikan kepada bumiputera.

“Mereka lebih yakin bila Ahli Parlimen Gombak yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Antarabangsa, Mohamed Azmin Ali ketika itu turut mengulangi janji sama pada Februari 2013″, ujarnya.

Namun akhirnya jelas beliau janji tinggal janji apabila kuota 50 peratus unit rumah empat bangunan setinggi 45 tingkat yang pada awalnya diperuntukan kepada bumiputera itu tiba-tiba ditarik balik.

“Inilah yang mendorong penduduk Kampung Datum Jelatek mengamuk dan menuntut hak mereka. Bukan mereka menolak pembangunan tetapi hanya menuntut menuntut hak sebagai penduduk sah di kawasan itu yang sebelum ini dijanjikan pampasan lumayan selain dijanjikan peluang memiliki kediaman baru atas tapak projek tersebut.

“Inilah yang membezakan perjuangan politik antara pembangkang dan BN. BN sentiasa memperjuangkan nasib rakyat tetapi pembangkang sedikit pun tidak mengendahkan suara rakyat”, katanya. - MediaUMNO

No comments:

Share This

Comments

Facebook Popup

Powered by Blog - Widget