KL CHRONICLE: Yayasan Mesra Terus Beri Bantuan #PascaBanjir Kepada Mangsa di #Kelantan #MyBanjir

Thursday, January 15, 2015

Yayasan Mesra Terus Beri Bantuan #PascaBanjir Kepada Mangsa di #Kelantan #MyBanjir

Lori Yayasan Mesra yang membawa bantuan ke Kelantan

Baru-baru ini kami di #KLChronicle telah mendapat maklumat tentang sebuah NGO Pro-Kerajaan yang telah bertungkus-lumus turun ke Kelantan untuk membantu mangsa-mangsa banjir. Gambar yang kami terima dari WhatsApp group menunjukkan Yayasan Mesra sibuk melakukan bantuan pasca banjir di sekitar kawasan Kelantan dengan memberi bantuan keperluan asas kepada mereka yang memerlukan. 



Kanvoi Yayasan Mesra diketuai oleh Ketua Pengarah Eksekutif (CEO) yayasan iaitu Encik Fazli Bin Buyong dan ditemani oleh pegawai-pegawai Yayasan Mesra. Kami difahamkan pasukan Yayasan Mesra memulakan perjalanan mereka seawal 1.30 pagi pada 8 Januari lalu menuju ke Tanah Merah, Kelantan. Ini memandangkan Tanah Merah merupakan antara kawasan yang teruk dilanda banjir baru-baru ini. 

Antara barangan sumbangan Yayasan Mesra
Setibanya pasukan Yayasan Mesra di Dewan Insaniah Kampung Kelewek, Kelantan, mereka telah disambut oleh Ahli Parlimen Tanah Merah, Yang Berhormat Datuk Ikmal Hisham yang merupakan seorang pemimpin tempatan yang disegani. Di kampung kelewek, pihak Yayasan Mesra telah menyampaikan bantuan barangan asas sebanyak hampir 10 Tan. Antara barang yang disumbang adalah beras, minyak masak, biskut, maggi, telur dan sebagainya. Basically, barang-barang yang mudah digunakan oleh mangsa banjir.

Yayasan Mesra, antara NGO yang paling aktif membantu mangsa banjir di Pantai Timur
  
Bagi kami di #KLChronicle, tindakan NGO seperti Yayasan Mesra yang ringan tulang membantu mangsa banjir wajar dicontohi oleh NGO-NGO lain, terutamanya NGO pembangkang yang dilihat lebih sibuk berpolitik daripada memberi bantuan kepada mangsa banjir. Kami berharap Yayasan Mesra dibawah kepimpinan Encik Fazli Bin Buyong akan terus memberikan khidmat bantuan kepada mana-mana pihak yang memerlukan sejajar dengan slogan Yayasan Mesra iaitu "Mesra Berkhidmat". 

No comments:

Share This

Comments

Facebook Popup

Powered by Blog - Widget