KL CHRONICLE: Umum 11 DUN baru di Sarawak Bukti Keterbukaan SPR dalam urus tadbir pilihanraya negara

Wednesday, January 14, 2015

Umum 11 DUN baru di Sarawak Bukti Keterbukaan SPR dalam urus tadbir pilihanraya negara


Beberapa hari yang lepas, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) telah mula mempamerkan Bahagian-Bahagian Pilihan Raya Negeri Sarawak yang baru. Terdapat sebanyak 11 DUN baru yang disyorkan oleh SPR bagi Sarawak, berbanding 71 bahagian yang ada sekarang.





Sebelas bahagian pilihan raya negeri yang baharu disyorkan itu ialah N.13 Batu Kitang, N.17 Stakan, N.18 Serembu, N.23 Triboh, N.26 Gedong, N.40 Kabong, N.57 Telian, N.63 Selirik, N.66 Murum, N.70 Samalaju dan N.78 Long Lama.

Jumlah tambahan 11 bahagian baharu itu akan menjadikan jumlah keseluruhan bahagian pilihan raya negeri Sarawak kepada 82.

Bagi kami di #KLChronicle, tindakan SPR mempamerkan senarai bahagian DUN Sarawak yang baru di Pejabat SPR merupakan satu tindakan yang terpuji dan membuktikan SPR tidak ada apa-apa untuk disembunyikan kepada rakyat. Keterbukaan SPR untuk berkongsi maklumat dengan rakyat tidak boleh disangkal.

Kami pasti usaha murni SPR ini telah menyebabkan pihak pembangkang terkelu lidah dan kini dilihat sudah "hilang modal" untuk mengkritik SPR sebagai sebuah komponen kerajaan yang kononya "secretive" atau mempunyai agenda jahat. 

Secara jujurnya, kami di #KLChronicle sangat teruja dengan keterbukaan SPR dalam berkongsi maklumat dengan rakyat. Malah SPR sejak bertahun dulu sebenarnya telah berkongsi maklumat dengan rakyat namun disebabkan fitnah pihak pembangkang imej SPR telah tercemar. 

Namun dengan tindakan terbaru SPR ini diharapkan dapat menutup mulut pembangkang dan membuka mata rakyat bahawa SPR sebenarnya sangat terbuka dalam perkara yang melibatkan tabir urus pilihanraya di negara ini. 

No comments:

Share This

Comments

Facebook Popup

Powered by Blog - Widget