KL CHRONICLE: Tan Sri Muhyiddin: Pembangunan semula Kampung Baru tidak akan pinggirkan Melayu

Thursday, January 15, 2015

Tan Sri Muhyiddin: Pembangunan semula Kampung Baru tidak akan pinggirkan Melayu



Putrajaya memberi jaminan pembangunan semula di Kampung Baru, Kuala Lumpur tidak akan meminggirkan‎ dan mengabaikan hak pemilik serta pewaris tanah, kata Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Timbalan perdana menteri itu berkata, penggubalan Pelan Induk menetapkan penyediaan 17,500 unit kediaman dengan 2,100 unit untuk pewaris dan anak-anak Kampung Baru.



Katanya, jumlah itu bagi menampung sasaran penduduk yang asalnya seramai 18,372 orang kepada 77,000 orang pada masa akan datang.

"Ia merupakan bukti kerajaan hari ini akan memastikan tiada pemilik dan pewaris tanah yang akan terpinggir dalam arus pembangunan semula Kampung Baru kelak," katanya semasa majlis pelancaran Pelan Induk Terperinci Pembangunan Kampung Baru (PITPKB) di Kuala Lumpur, hari ini. – 15 Januari, 2015.

MENYUSUL LAGI

1 comment:

Asal Bukan DAP (ABDAP) said...

masukkan kaum melayu sehingga 60ribu org Kampung Baru MELAYU.. dan tidak boleh jual hartanah sehingga 600 tahun. Itu cuma cadangan saja agar tanah melayu tak tergadai...

Share This

Comments

Facebook Popup

Powered by Blog - Widget