KL CHRONICLE: SPRM akan jumpa @anwaribrahim untuk dapatkan maklumat mengenai Tun Daim

Monday, January 19, 2015

SPRM akan jumpa @anwaribrahim untuk dapatkan maklumat mengenai Tun Daim

Pihak pembangkang mendakwa bekas Menteri Kewangan Tun Daim Zainuddin menyalahgunakan kuasa bagi mendapatkan kekayaan dan mempunyai bukti kukuh untuk diberi kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia. – Gambar fail The Malaysian Insider, 19 Januari, 2015.


#KLChronicle : Kami cuma nak tanya, SPRM tak nak siasat @anwaribrahim ke? Macam mana seorang penjenayah boleh mempunyai jumlah harta yang luar biasa? Tak ke pelik tu SPRM...Kalau nak siasat, siasat la semua jangan lepaskan si KETUM ni.

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sudah menemu bual bekas Menteri Kewangan Tun Daim Zainuddin berhubung dakwaan salah guna kuasa bagi mendapatkan kekayaan seperti dilaporkan PKR, kata Datuk Seri Mohd Shukri Abdul.



Timbalan ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM itu berkata, badan anti rasuah itu akan menemui Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim Ibrahim yang mendakwa semalam beliau mempunyai bukti kukuh berkenaan kes ini.

“Pihak SPRM sudah pun menemu bual Tun Daim baru-baru ini,” kata Shukri dalam satu kenyataan hari ini.

“Keterangan yang diberikan oleh Tun Daim, Datuk Seri Anwar dan lain-lain saksi akan dikemukakan semula kepada Timbalan Pendakwa Raya dan seterusnya kepada Panel Penilaian Operasi (PPO), badan bebas yang memantau operasi SPRM.” – 19 Januari, 2015.

1 comment:

sesejuk mata memandang said...

Kalau orang biasa tanpa bergelar atau kuasa membuat lapuran kepada SPRM yang pasti ia akan dioandang remeh malah mungkin tidak dibuakkan pun fail untuk siasatan sebab ... lu sapa gua sapa , walau pun udah berbuih kita mendengar kata kata ketua besar SPRM , 'kita akan buka fail dan siasat walupun sepeucuk surat layang" jadi untuk kes ketua ketum Si Anuar banyak surat dak terbanang melayang tetapi tidak ada satu pun yang kita dengar apa kesudahan nya..

Share This

Comments

Facebook Popup

Powered by Blog - Widget