KL CHRONICLE: #KLChronicle Menjawab Persoalan Dato' Dr. Mashitah Ibrahim, JAKIM tidak perlu "defend itself" daripada serangan @EricPaulsen101

Sunday, January 25, 2015

#KLChronicle Menjawab Persoalan Dato' Dr. Mashitah Ibrahim, JAKIM tidak perlu "defend itself" daripada serangan @EricPaulsen101



Baru-baru ini peguam pro penbangkang telah mencabar JAKIM untuk berdebat dalam isu text khutbah Jumaat yang disediakan oleh JAKIM yang kononya menyebarkan fahaman "extremism". 




Persoalan yang dilontarkan oleh Dato Dr. Mashitah bagi kami adalah tepat dimana JAKIM tidak perlu berdebat dengan Eric Paulsen. Ini kerana JAKIM merupakan satu badan yang bertanggungjawab dalam hal ehwal agama Islam di dalam negara tapi siapa pula Eric Paulsen?

Eric Paulsen merupakan seorang pengasas Lawyers for Liberty yang berjuang untuk menyebarkan fahaman liberalisma dalam negara. Setelah menyedari Lawyers for Liberty tidak lagi mendapat sokongan daripada rakyat mereka cuba mainkan isu perkauman untuk menarik perhatian rakyat. 

Kami di #KLChronicle tidak setuju JAKIM berdebat dengan Eric Paulsen kerana hal ehwal agama Islam bukan satu perkara yang kita boleh berkrompomi. Sudah termaktub dalam perlembagaan negara bahawa Islam merupakan agama persekutuan dan mempunyai taraf yang lebih tinggi dalam negara.

Adakah anda rasa wajar kerajaan mengambil tindakan undang-undang terhadap Eric Paulsen yang telah mempersoalkan isi kandungan khutbah jumaat umat Islam di negara ini?

1 comment:

Unknown said...

Kerajaan @ JAKIM mesti tegas.. Semua dh ada dlm perlembagaan.. Jgn berdiam.. Jawab dgn fakta.. Biar dia sedar.. Agama lain tak tercatit langsung dalam perlembagaan.. Diorg kena sedar dan malu.. So!! Tak faham2?? Diam je lahhh!!!

Share This

Comments

Facebook Popup

Powered by Blog - Widget