KL CHRONICLE: Kini @Rafiziramli Puji Lantikan Arul Kanda Kandasamy Sebagai CEO 1MDB

Monday, January 5, 2015

Kini @Rafiziramli Puji Lantikan Arul Kanda Kandasamy Sebagai CEO 1MDB

@rafiziramli gembira rakan zaman sekolah beliau dilantik CEO 1MDB

Pengkritik utama syarikat 1MDB, Rafizi Ramli hari ini memuji langkah kerajaan melantik rakan beliau, Arul Kanda Kandasamy sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) baharu 1Malaysia Development Berhad (1MDB). 

Setiausaha Agung PKR Rafizi Ramli berkata, Arul terkenal dengan kepakaran mengendalikan pihak media, dan berkata pengurus bank berpengkalan di Abu Dhabi itu seorang aktif dalam pertandingan debat sejak zaman sekolah menengah.



Menurut Rafizi, beliau percaya Arul dibawa masuk supaya dapat menangkis kritikan umum terhadap 1MDB secara langsung.

"Terdapat banyak kritikan dilontarkan terhadap 1MDB yang tidak dapat dijawab pihak pengurusan, dan ini merupakan beban politik kepada kerajaan dan Najib," kata Rafizi merujuk Perdana Menteri  Datuk Seri Najib Razak.
1MDB merupakan ilham Najib, yang juga mempengerusikan lembaga penasihat firma itu.

"Oleh itu, adalah munasabah membawa masuk Arul yang bukan sahaja seorang ahli bank pelaburan, tetapi juga yang faham secara mendalam pelaburan di Timur Tengah memandangkan banyak perniagaan dan usahasama 1MDB di rantau itu," Rafizi memberitahu The Malaysian Insider.

Menurut Rafizi, beliau mengenali Arul sejak zaman persekolahan mereka, di mana kedua mereka aktif dalam pertandingan debat.

Arul merupakan pelajar Maktab Tentera Diraja manakala Rafizi seorang pelajar Maktab Melayu Kuala Kangsar (MCKK).

"Beliau seorang pemidato yang cemerlang," kata Rafizi. – 5 Januari, 2015.

MENYUSUL LAGI

No comments:

Share This

Comments

Facebook Popup

Powered by Blog - Widget