KL CHRONICLE: Kini "Pakar" Mahukan Kategori Kaum Dimansuhkan,Hilangnya Melayu dibumi sendiri

Monday, January 26, 2015

Kini "Pakar" Mahukan Kategori Kaum Dimansuhkan,Hilangnya Melayu dibumi sendiri


#KLChronicle says: Gerakan untuk memansuhkan identiti bangsa Melayu di negara ini kini giat dijalankan oleh mereka yang tidak senang dengan kekuatan yang dimiliki oleh orang Melayu. Perlu diingatkan bahawa orang Melayu telah banyak berkorban di negara ini. Orang Cina & India diberi kerakyatan, Tanah Melayu ditukar kepada Malaysia, tanah diberi kepada orang Cina dan India. Tidak cukupkah pengorbanan orang Melayu ini? 



Tan Sri Ramon Navaratnam, pengerusi Pusat Kajian Dasar Awam, Institut Strategik dan Kepimpinan Asia (Asli) berkata, kategori kaum pada asalnya diperkenalkan supaya kerajaan boleh membantu golongan Bumiputera tetapi selepas beberapa dekad kini, ia tidak lagi relevan.
"Pada asalnya, ia penting bagi tujuan politik dan ekonomi memandangkan terdapat Dasar Ekonomi Baru (DEB) yang mengenalpasti golongan Melayu dan Bumiputera bagi memberi kekuatan kepada mereka tetapi dasar kepada hujah itu tidak lagi begitu kuat hari ini.
"Kerana, ketika pada masa dahulu orang Melayu diabaikan, selama lebih 55 tahun mereka diberikan keutamaan, dan mereka sekarang dalam keadaan yang sangat baik. Malah, Model Ekonomi Baru (MEB) memberi tumpuan kepada membantu kumpulan 40% terbawah, tanpa mengira kaum," katanya kepada The Malaysian Insider.
Ramon berkata kategori bangsa dalam borang rasmi kini hanya mewujudkan sesuatu pembahagian buatan, bertentangan dengan hasrat negara dan menyebabkan perpecahan dan polarisasi, dan menggesa kerajaan menghentikan secara keseluruhan amalan tersebut.
"Timbangkan pro dan kontranya serta lihat bagaimana kita boleh mula dengan perlahan secara selektif menghentikan kategori kaum dan agama. Lagipun, kita semua rakyat Malaysia. Apa perlunya kita dibahagikan?"
Namun, beliau berkata terdapat beberapa kes di mana kategori tersebut diperlukan, seperti dalam penyelidikan bertujuan mengenal pasti kumpulan etnik yang memerlukan perubahan dasar bagi meningkatkan kualiti hidup mereka.
"Tetapi untuk pasport dan dokumen lain, tiada keperluan meletakkan kaum atau malah agama pun. Kaum dan agama kamu ialah sesuatu yang peribadi.
"Apabila kita sentiasa mengkategorikan kaum dan agama, pemikiran kita juga akan bersifat perkauman dan sempit. Bila kita boleh hentikan ini?"
Dr Lim Teck Ghee, pengarah Pusat Inisiatif Dasar (CPI), berkata "sangat sedikit negara" yang membuat pengkhususan mengikut kaum dalam borang rasmi mereka, dan Putrajaya perlu mempunyai sebab kukuh meneruskan amalan ini.
"Jika kamu lihat amalan antarabangsa, perkara ini sangat di luar kebiasaan. Jadi, saya fikir adalah realistik menghapuskan kategori kaum ini. Ini satu permintaan yang munasabah, mengikut piawaian antarabangsa."
Beliau berkata sekiranya Putrajaya prihatin hendak memupuk perpaduan negara dan patriotisme, pemansuhan kategori kaum satu langkah baik maju ke depan.
"Apabila kita meletakkan satu label di sana, kita pada dasarnya mengekalkan lagi pembahagian antara kaum. Jadi, terserah kepada kerajaan menjelaskan mengapa ia berbuat demikian. Jika pengecualian dibuat, mesti dijelaskan kenapa ia perlu."
Katanya, sesetengah pihak mungkin melihat kerajaan sebagai mempunyai niat jahat meneruskan amalan tersebut.
"Mereka akan tanya, adalah kerajaan mahu menjadi memihak, berat sebelah berasaskan kaum? Apa perlunya dicatatkan kaum, contohnya, dalam pemilikan kenderaan, atau apabila memohon lesen?
"Melainkan jika kerajaan mempunyai agenda tertentu, nampaknya tiada sebab yang cukup baik untuk meneruskan amalan ini."
Pada Rabu, kerajaan Sabah memutuskan menggugurkan kategori "lain-lain" dalam borang rasmi, selepas Sarawak memansuhkan kategori itu pada 18 Januari
-

4 comments:

usin said...

Sangat sedikit negara yg menulis kaum ke, agama dan kaum itu peribadi ke apa ke, jangan nak tipulah. Sebenarnya pendapat2 jahanam ini untuk memerosokkan melayu ke tanah. Setelah begitu bnyk pengorbanan melayu kpd kaum2 pendatang, identiti melayu pulak yg dimintak. Dlm perlembagaan, melayu kekal, knp bising? Ckp je perlembagaan malaysia tak adil, maka kewujudan dan kerakyatan cina dan india di negara ini juga perlu disemak semula. Jangan cuba ganggu gugat hak yg termaktub dlm perlembagaan jika kamu tak suka hak kamu dipertikaikan. Jadilah pakar yg membina, bukan pakar perosak!!!

Unknown said...

nak buat mcm mana dah org melayu sendiri yang bodoh dan rela di perbodohkan serta rela identiti mereka di campak ketanah......so org melayu kena fikir-fikirkan lah.... jangan asyik berpolitik aje....MENANG BERPOLITIK BANGSA TERGADAI

Hamdan said...

Nak hapuskan bangsa Melayu ?
Agama bangsa Melayu Islam pun hangpa benci sangat ?

Apa, dah tak ada kerja lain ?

Jangan melampau.

Unknown said...

setuju dgn cadangan tersebut....utk hapuskan ruangan kaum itu... bagus... dgn syarat kaum pendatang mestilah hapuskan sjkc dan sjkt...dgn ni rakyat boleh hidup dgn aman tanpa prasangka...sebab sjk ni tidak mengajar sejarah kedatangan golongan pendatang ke tanah melayu. pengorbanan org. Melayu dlm pengkongsian tanah orang melayu, cuba lihat negara selain m'sia apa mereka buat kt kaum pendatang??????

Share This

Comments

Facebook Popup

Powered by Blog - Widget