KL CHRONICLE: Dua Lagi Mayat Mangsa Nahas @AirAsia #QZ8501 Ditemui

Monday, January 19, 2015

Dua Lagi Mayat Mangsa Nahas @AirAsia #QZ8501 Ditemui


Dua lagi mayat mangsa penerbangan QZ8501 ditemui di kawasan pencarian utama dan dipindahkan oleh kapal mencari dan menyelamat (SAR) ke Pangkalan Bun.



AirAsia dalam kenyataannya malam ini berkata setakat hari ini, Agensi Mencari dan Menyelamat Nasional (Basarnas) Republik Indonesia mengesahkan menemui sejumlah 53 jenazah dengan 45 dikenal pasti, enam sedang dikenal pasti dan dua lagi masih belum tiba di Hospital Bhayangkara.
Kenyataan itu menyebut Jabatan Pengenalpasti Mangsa Bencana (DVI) Polis Republik Indonesia (DVI Polri) kini sedang mengumpul lebih banyak bukti DNA yang diperlukan bagi menyamakan data ante-mortem dan post-mortem kepada enam jenazah yang sedang dikenalpasti.
Sementara itu, operasi SAR diteruskan pagi ini walaupun ombak besar dan arus deras menyebabkan usaha penyelam bagi menghampiri serpihan fiuslaj yang berada di kedalaman 28m di dasar Laut Jawa tertunda.
"Penyelam mencuba menghampiri serpihan tersebut untuk pemerhatian yang lebih lanjut tetapi kembali ke permukaan kerana keadaan laut yang bergelora," menurut kenyataan itu.
Bagaimanapun, Basarnas memberi jaminan misi mencari dan menyelamat penumpang QZ8501 masih menjadi keutamaan kerana disyaki masih banyak mayat terperangkap di bawah serpihan tersebut.

No comments:

Share This

Comments

Facebook Popup

Powered by Blog - Widget