Friday, January 23, 2015

@dapmalaysia Cuba Menipu Rakyat, Demografi Bandar Memang Dikuasai Orang Cina




#KLChronicle : Kami menyokong penuh kenyataan Presiden PAS bahawa pilihanraya kerajaan tempatan akan membawa malapetaka yang besar kepada hubungan antara kaum di negara ini. Apa yang dikhuatiri Presiden PAS ada asasnya kerana umum ketahu bahawa kawasan bandar merupakan kawasan majoriti orang Cina dimana merekalah yang menguasai undi dan juga ekonomi. 

Contoh paling jelas adalah kawasan Seputeh yang dimenangi oleh DAP dengan majoriti hampir 51,000 undi. Ini kerana kawasan tersebut mempunyai peratusan undi cina yang tertinggi iaitu hampir 90%.  Oleh itu DAP usah temberang bahawa kawasan bandar majority penduduk adalah bukan orang Cina. Jangan menipu lah...




Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang tidak seharusnya mengaitkan isu kaum dalam isu pilihan raya pihak berkuasa tempatan (PBT) kerana tindakan sedemikian tidak masuk akal, memandangkan demografi penduduk bandar kini tidak lagi dikuasai Cina semata-mata, kata Setiausaha Pengelola DAP Anthony Loke.

Loke berkata, DAP berusaha mengembalikan kuasa demokrasi kepada akar umbi melalui pilihan raya PBT, dan Hadi tidak harus mendakwa hanya kaum Cina yang akan menerima kelebihan melalui pelaksanaan perkara itu.


"Ini tidak boleh kata akan didominasi oleh satu kaum, demografi kaum di bandar tidak lagi macam dulu. Ada pelbagai kaum, bukan Cina sahaja. Ada kawasan bandar majoriti orang Melayu.

"Tidak masuk akal bila pilihan raya PBT, Cina akan kuasai majoriti kerajaan tempatan, kita mahu hak itu dikembalikan kepada pembayar cukai dan rakyat," kata Loke kepada The Malaysian Insider.
"Saya harap Hadi tidak lihat ia dari sudut kaum, kita perlu melihat dari sudut demokrasi," katanya dan menambah, beliau sendiri tidak memahami mengapa Hadi membangkitkan isu perkauman dalam perkara itu.

Loke berkata, DAP terperanjat dengan kenyataan dikeluarkan Hadi apabila berkata, pilihan raya PBT bakal mengembalikan insiden rusuhan kaum 13 Mei 1969.

"Kami amat terperanjat dengan kenyataan Hadi kerana mengaitkan pilihan raya PBT akan membawa peristiwa 13 Mei 1969,  bagi saya itu tidak masuk akal," katanya merujuk kepada insiden rusuhan kaum di negara ini suatu ketika dahulu.

"Kita tidak patut guna isu perkauman dalam pilihan raya PBT kerana pilihan raya ini adalah untuk mengembalikan hak demokrasi kepada akar umbi dan memberikan peluang kawasan kawasan mereka, bukan di bandar sahaja tapi majlis daerah dan majlis perbandaran," kata Loke yang juga ahli Parlimen Seremban, ketika dihubungi The Malaysian Insider.

Hadi hari ini berkata, pilihan raya PBT yang diperjuangkan DAP di kawasan majoriti Cina bandar boleh melebarkan jurang penguasaan ekonomi di antara penduduk bandar dan desa sehingga boleh mengulangi rusuhan kaum 13 Mei.

Perkara itu katanya bakal menyebabkan ketidakstabilan masyarakat majmuk di Malaysia dan hanya menguntungkan sesuatu kaum saja.

"Kita tidak seharusnya mengusulkan sesuatu yang boleh menjadi cetusan ke arah ketidakstabilan, melebarkan jurang masyarakat desa dan bandar, dan yang paling menakutkan kita ialah ketegangan seperti ini boleh menjadi ‘api dalam sekam’ untuk mengulangi peristiwa 13 Mei yang wajib dianggap titik hitam dalam sejarah negara," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Hadi berkata, dalam aspek politik, perjuangan DAP itu silap kerana hanya melihat kepada aspek penduduk bandar saja untuk menang pilihan raya dalam jangka yang sangat pendek.

"Apatah lagi apabila kita melihatnya daripada aspek perkauman yang boleh mencetuskan jurang dan polarisasi serta ketegangan di antara penduduk bandar majoriti kaum Cina yang sangat besar.

"Lihat sajalah jurang pendapatan RM250 juta setahun di sebuah Majlis Perbandaran di Selangor berbanding dengan RM50 juta di Majlis Daerah di kawasan desa di Selangor yang pula majoriti satu kaum yang lain," katanya.

Sebelum ini berlaku perang mulut di antara Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali dan Loke berhubung isu pilihan raya kerajaan tempatan.

Mustafa menyelar DAP kerana mempertikaikan hudud di Kelantan kerana membelakangkan Pakatan Rakyat (PR) sedangkan dalam isu pilihan raya kerajaan tempatan parti itu membelakangkan gabungan ditubuhkan pada 2008 itu.

Hadi berkata, DAP sepatutnya melihat masyarakat dari semua arah termasuk Melayu di kampung, India di estet, orang asal di kawasan paling pedalaman dan kaum yang paling kecil haram dipinggirkan daripada peranan memakmurkan bandar.

Katanya, semua itu wajib disatukan dalam titik persamaan, saling mengerti dalam bertolak ansur dan bermaaf-maafan dalam perkara yang berbeza, dan berlaku adil terhadap semua.

Sementara itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Balakong Ng Tien Chee dalam kenyataannya turut menyelar Hadi, dan berkata, beliau tidak melihat dakwaan Hadi itu berasas.

"Saya tidak nampak apa-apa unsur yang akan melebarkan jurang penguasaan ekonomi di antara penduduk bandar dan desa mahupun ia akan mencetuskan pengulangan rusuhan kaum 13 Mei seperti yang dikatakan Hadi," katanya.

Beliau berkata, pilihanraya PBT merupakan satu-satunya langkah untuk meningkatkan prestasi serta mutu perkhidmatan PBT dan hanya dengan adanya pilihanraya PBT,  kerajaan tempatan boleh memperbetulkan diri sendiri dan bertanggungjawab sepenuhnya terhadap pembayar cukai. 

Bersependapat dengan Loke, beliau berkata, proses itu juga merupakan antara agenda pendemokrasian rakyat yang sangat penting di arena politik negara bagi memastikan reformasi di peringkat pemerintahan akar umbi. 

"Saya berasa hairan dan mohon pencerahan daripada mana-mana pihak ke atas isu bagaimana perlaksanaan pilihanraya PBT boleh melebarkan jurang ekonomi di antara penduduk bandar dan desa dan terus mencetuskan rusuhan perkauman," katanya.

Desakan DAP itu juga katanya adalah untuk memulihkan pemilihan ahli majlis kerajaan tempatan melalui pilihanraya adalah wajar dan ia harus dilaksanakan dengan adil dan saksama. 

"Tiada mana-mana kaum yang akan dihalang daripada menyertai pilihan raya PBT selain individu yang gagal menepati syarat pilihan raya. 

"DAP bukannya yakin agar akan memenangi semua kerusi yang bakal bertanding tetapi tetap mendesak pemulihan pilihan raya PBT demi pendemokrasian. 

"DAP memperjuangkan demokrasi dan tidak akan menjadi puak ‘kiasu’ yang bererti 'takut kalah' seolah-olah mahu terus berkuasa kerana bagi kami,  hak demokratik adalah lebih penting dan kami sedia menerima kekalahan sekiranya pengundi menolak kami," katanya lagi. – 23 Januari,, 2015.

No comments:

Post a Comment