KL CHRONICLE: Berita Baik! LPT kini dibuka sepenuhnya #MyBanjir

Saturday, January 3, 2015

Berita Baik! LPT kini dibuka sepenuhnya #MyBanjir


Mulai tengah malam tadi, keseluruhan laluan Lebuhraya Pantai Timur (LPT) dari Tol Plaza Karak ke Tol Plaza Jabor dibuka sepenuhnya kepada semua kenderaan.

Namun menurut kenyataan yang dikeluarkan pengendali lebuh raya berkenaan Anih Berhad, hanya lorong laju saja dibuka di kedua-dua arah iaitu di Kilometer 126.1 hingga Kilometer 126.9.



"Pemandu dinasihatkan supaya mengikut papan tanda yang disediakan," kata Anih Berhad.

Sementara itu di kawasan R&R Temerloh, oleh kerana masih terdapat penduduk kampung berhampiran yang mendapatkan perlindungan sementara di situ, maka Anih Berhad menambah stok barangan kering kepada mereka.

Maklumat terkini mengenai laluan LPT boleh diikuti di Twitter @lpttrafik atau talian alternatif semasa waktu bekerja iaitu 03-61951266 dan 03-61951121, 03-61951250 dan 03-61951474. – Bernama, 3 Januari, 2015.

No comments:

Share This

Comments

Facebook Popup

Powered by Blog - Widget