KL CHRONICLE: @Anwaribrahim terperangkap dalam isu PM @NajibRazak bersama Dr Mahathir, Daim

Thursday, January 22, 2015

@Anwaribrahim terperangkap dalam isu PM @NajibRazak bersama Dr Mahathir, Daim

@anwaribrahim dilihat semakin hilang pengaruh dalam PR dan kini lebih akrab dengan PM @NajibRazak

Bekas ketua pengarang akhbar milik Umno mendakwa Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim yang kini dilihat semakin lemah dan kurang berpengaruh dalam PR terperangkap dalam permainan penyokong Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak untuk menutup mulut 2 pengkritiknya yang berpengaruh.

Datuk A Kadir Jasin mengatakan, berbanding Anwar, musuh utama Najib sekarang ialah bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dan bekas menteri kewangan Tun Daim Zainuddin.



"Mohd Najib tentu tahu Dr Mahathir, Daim dan Anwar adalah trio yang sangat berpengaruh ketika Anwar dalam Umno dan kerajaan sedangkan beliau sendiri sekadar pelakon tambahan," tulis Kasir dalam blognya The Scribe A Kadir Jasin hari ini.


"Jadi melaga-lagakan bekas '3 sahabat' itu adalah strategi bijak. Hatta Anwar sendiri tidak sedar dan termasuk perangkap perang saraf Najib."

Tulisan terbaru Kadir itu susulan daripada serangan terhadap Daim oleh media arus perdana yang dikawal Barisan Nasional (BN).

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia ( SPRM) baru-baru ini menyiasat Daim atas tuduhan penyalahgunaan kuasa mengenai  perniagaan perbankannya di luar negara meskipun bekas menteri kewangan itu sudah dibersihkan Badan Pencegahan Rasuah (BPR) pada tahun 1998.

Anwar dalam reaksinya pada 18 Januari berkata sanggup bekerjasama membantu siasatan sekiranya SPRM memanggil beliau dan kenyataannya itu mendapat liputan luas media arus perdana seperti TV3 yang sebelum ini diketahui tidak memberi liputan kepada pemimpin Pakatan Rakyat (PR).

Ia mendorong tersebarnya spekulasi kem Najib kini sedang mengerakkan kempen bagi menutup mulut pengkritik paling kuat dalam Umno iaitu Dr Mahathir dan Daim.

"Tindakan Mohd Najib dan jentera dakyahnya menyerang Daim melalui media arus perdana (MAP) kawalan Umno strategi luar biasa yang boleh menjadi senjata makan tuan.

"Ia mengalih fokus Anwar daripada kerajaan kepada Daim dan Dr Mahathir."

Kadir memulakan tulisannya dengan berkata Dr Mahathir dan Daim dilihat sebagai ancaman terdekat Najib yang boleh menggugat kedudukannya sebagai perdana menteri dan presiden Umno.

Pada masa sama Anwar hanya dilihat sebagai ancaman yang timbul semasa pilihan raya umum dan ia cuma berlaku dalam tempoh 3 atau 4 tahun.

"Pada mulanya beliau menggunakan taktik berdiam diri ala 'elegant silence' (Tun) Abdullah Ahmad Badawi, disusuli dengan berjumpa sendiri dengan Dr Mahathir dan Daim," katanya sambil berkata ketika zaman pentadbiran Abdullah juga tidak terlepas daripada kritikan Dr Mahathir.

"Tetapi tindakan susulan beliau tidak meyakinkan kedua-dua orang lama itu dan mereka terus bersuara.

"Daripada taktik pertahan diri, Mohd Najib dan pakar-pakar perang sarafnya berpindah kepada taktik serangan dengan melantik Ketua Pembangkang, (Datuk Seri) Anwar Ibrahim, sebagai protagonis utama, katanya.

Menurut Kadir, selepas berjaya mendiamkan kritikan Dr Mahathir dan Daim, Najib hanya mempunyai seorang musuh tunggal iaitu Anwar dan ia merupakan perkara mudah untuk diuruskan.

Kadir tidak menolak kemungkinan wujud satu persefahaman belakang tabir kerjasama di antara Najib dan Anwar .

"Memandangkan kedua-dua mereka mempunyai 'isu-isu' yang mungkin boleh dirungkaikan atau, setidak-tidaknya pun, dikurangkan impaknya kalau mereka saling bantu membantu. Kata ungkapan Inggeris 'birds of a feather stick together''.

No comments:

Share This

Comments

Facebook Popup

Powered by Blog - Widget