KL CHRONICLE: Tan Sri Abdul Rahim Din tarik diri daripada "kumpulan 25 tokoh Melayu"

Wednesday, December 17, 2014

Tan Sri Abdul Rahim Din tarik diri daripada "kumpulan 25 tokoh Melayu"




Bekas Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri Tan Sri Abdul Rahim Din menarik diri daripada satu kumpulan yang menggelarkan diri mereka "25 tokoh Melayu terkemuka" yang menulis surat terbuka merayu dialog rasional tentang Islam diadakan, mengatakan kumpulan itu kini tersasar daripada objektif sebenarnya.

Menantunya Azmi Arshad berkata, Rahim bimbang keadaan seolah-olah kini berada 'di luar kawalan' kerana beliau pada asalnya hanya bersetuju menyatakan sokongan kepada satu surat yang akan dihantar kepada perdana menteri (PM) meminta satu panel pakar dilantik.




Panel itu disarankan menyelesaikan sebarang konflik antara undang-undang Islam dan sivil, dan Perlembagaan Persekutuan, melalui satu forum tertutup dan bukan secara terbuka.

Draf tulisan tangan yang diberi kepada kumpulan itu menyatakan, "satu-satunya tugas ialah menggesa perdana menteri, dengan sokongan majoriti senyap, mengumpulkan pakar menyelesaikan isu yang menjadi perbalahan" dan mereka tidak sepatutnya terlibat lagi selepas itu, sama ada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak setuju atau tidak dengan cadangan mereka.
Perkara tersebut dinyatakan Azmi yang menulis status di akaun Facebooknya semalam.

"Memandangkan surat kami kini sudah dihantar kepada PM, saya menganggap saya sudah mencapai misi saya dalam memberi sokongan kepada G25 itu.

"Saya tidak mahu melibatkan diri dalam kumpulan yang membahaskan isu di luar bidang kuasa panel pakar yang akan dibentuk PM, sekiranya ia dibentuk. Perbahasan semata-mata tidak akan membawa kita ke mana-mana.

"Bagaimanapun, anda bebas untuk terus berinteraksi dengan mana-mana pihak yang dianggap sesuai.

"Dengan itu, saya ingin nama saya dipadam dan menarik diri daripada kumpulan itu dan perbincangannya. Saya dengan ikhlas ucapkan yang terbaik untuk anda semua dalam usaha ini," kata Rahim, seperti dipetik oleh Azmi. – 17 Disember, 2014.

MENYUSUL LAGI

No comments:

Share This

Comments

Facebook Popup

Powered by Blog - Widget