KL CHRONICLE: Pendapat #KLChronicle Tentang Datuk Dr. Mashitah Ibrahim

Sunday, December 28, 2014

Pendapat #KLChronicle Tentang Datuk Dr. Mashitah Ibrahim

Datuk Dr. Mashitah Ibrahim telah berjaya menyampaikan mesej
beliau kepada rakyat Malaysia dengan baik
Memandangkan Tahun 2014 tinggal beberapa hari sahaja lagi dan Tahun 2015 bakal bermula, kami di #KLChronicle ingin mengambil kesempatan ini untuk membuat rumusan tentang prestasi beberapa pemimpin UMNO. Kami mulakan rumusan kami dengan Datuk Dr. Mashitah Ibrahim, Ketua Wanita UMNO Bahagian Baling yang juga merupakan Pengerusi Yayasan Pembangunan Pondok Malaysia.



Pada Perhimpunan Agung UMNO (PAU) yang lalu kami mula memberi perhatian terhadap Datuk Dr. Mashitah Ibrahim setelah ucapan beliau "menggegarkan" negara. Umum ketahui, selepas ucapan beliau di PAU2014, pelbagai pihak telah mula menyerang Datuk Dr. Mashitah Ibrahim, antaranya sudah semestinya dinasor politk DAP, iaitu Lim Kit Siang.  Namun, bagi kami di #KLChronicle, kenapa Kit Siang kena "melatah" jika beliau tidak melakukan apa-apa kesalahan bak kata pepatah orang Melayu "Siapa makan cili, dialah yang terasa pedasnya".

Ucapan Datuk Dr. Mashitah di PAU2014 secara ringkas berkisar tentang tiga (3) perkara utama iaitu:


  1. Agama 
  2. Perjuangan PAS yang palsu
  3. Wanita sebagai tulang belakang
Bagi kami, ketiga-tiga topik diatas adalah menarik. Contohnya, topik Agama apabila Datuk Dr. Mashitah Ibrahim menceritakan tentang betapa konsistennya perjuangan UMNO mempertahankan Agama, Bangsa dan Tanah Air, ancaman terhadap agama Islam dari dalam dan luar negara serta menggunakan contoh ayat Al-Quran bagi menunjukkan agenda licik musuh Islam menyerang kita i.e. umat Nabi Muhammad SAW.

Topik kedua yang disentuh pada PAU2014 adalah perjuangan PAS yang palsu. Kami di #KLChronicle bersetuju 100% dengan penilaian yang dilakukan oleh Datuk Dr. Mashitah Ibrahim bahawa perjuangan PAS adalah palsu. Ini kerana contoh yang diberikan oleh Datuk Dr. Mashitah Ibrahim adalah sangat tepat iaitu perjuangan politik PAS adalah perjuangan of "convenience" dimana pada awal tahun 1980an adalah perjuangan Membentuk Negara Islam kemudian ditukar kepada Negara Berkebajikan dan akhir sekali perjuangan berdasarkan Buku Jingga. Jika difikirkan kembali, betul juga apa dah jadi dengan perjuangan Negara Berkebajikan PAS? Kini senyap seribu bahasa.

Topik ketiga pula adalah wanita sebagai tulang belakang. Kenyataan ini sangat tepat sepertimana pepatah Inggeris ada menyebut "Behind every successful man, is a women". Dibelakang kejayaan UMNO, berdiri teguh Wanita UMNO dibelakang dalam memberikan sokongan kepada kepimpinan parti. 

Secara rumusanya, kami di #KLChronicle rasakan bahawa Datuk Dr. Mashitah Ibrahim telah berjaya "press all the right buttons" dalam menyampaikan mesej beliau kepada rakyat Malaysia bahawa perjuangan UMNO adalah konsisten dan intipati paling penting dalam perjuangan UMNO adalah berkenaan mempertahanan Hak Istimewa Orang Melayu, Institusi Diraja, Bahasa Melayu, Adat Melayu dan lain. 

Apa pendapat pembaca?


2 comments:

usin said...

Sama

army of khalifah said...

Dr Mashitah punyai latar belakang pengajian agama Islam yang tinggi. Beliau telah melalui ranjau dalam kerjaya pendidikan, telah meneliti reality kehidupan di dunia Malaysia ini. Disebabkan itu beliau memilih jalan Umno dan bukannya jalan perjuangan palsu PAS yang telah tersesat jalan kerana terlalu memilih duniawi tetapi menggunakan tarikan nikmat akhirat sebagai topeng mereka. Itulah ilmuan Islam yang berjuang dalam Umno yang sentiasa berpijak nyata di bumi Allah, bukannya bersifat retorik dan penuh tipu daya. Lebih2 lagi keluarga si Nuar Megalomaniac. Parti pakatan bawah pokok itu penuh dengan berbbagai manusia yang gila....gila... dan gila.....

Share This

Comments

Facebook Popup

Powered by Blog - Widget