KL CHRONICLE: #OccupyUM Tidak Mendapat Sambutan, Wan Nur Syamimi Kecewa

Thursday, December 11, 2014

#OccupyUM Tidak Mendapat Sambutan, Wan Nur Syamimi Kecewa

Fahmi Zainol perosak anak bangsa di Universiti Malaya
Occupy UM, bantahan yang dilancarkan bagi memberi tekanan kepada pentadbiran Universiti Malaya (UM) supaya membatalkan hukuman terhadap pemimpin pelajar, bermula dengan hanya 2 khemah dan 4 pelajar petang semalam.




Di luar pagar universiti arah Kuala Lumpur, sebuah khemah dipasang dengan dilekatkan bendera Malaysia, dan di sekelilingnya lebih banyak bendera kecil digantung.

Ketua pelajar Wan Nur Syamimi Wan Sajiri yang mengumumkan pelancaran Occupy UM semalam kecewa dan berharap lebih ramai pelajar akan menyertai protes itu.

Beliau menetapkan Ahad sebagai tarikh akhir persediaan untuk UM menarik balik penggantungan dan denda terhadap 7 pemimpin pelajar kerana menganjurkan ceramah pada 27 Oktober yang menampilkan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim.

“Kita akan berkhemah bersama dalam solidariti hingga universiti menarik balik semua hukuman terhadap mereka.

“Jika universiti gagal memberi maklum balas hingga Ahad, kami akan berada di sini untuk selama mana yang perlu,” katanya.

Beliau berkata 5 pelajar membantu memasang khemah semalam untuk sidang akhbar melancarkan protes itu.

Sepanjang hari, pelajar bagaimanapun perlu menghadiri kuliah, dan oleh itu bergilir berada di khemah.

Wan Nur Syamimi, yang mengetuai kumpulan Sisters in Movement berkata, bantahan Occupy UM akan merangka aktiviti sepanjang tempoh berkhemah itu, dan salah satunya ialah ceramah pensyarah undang-undang Prof Madya Dr Azmi Sharom dan seorang lagi pensyarah Maimuna Merican.

Azmi adalah salah seorang pensyarah yang mewakili 8 pelajar UM yang dihadapkan ke lembaga tatatertib pada Selasa kerana meneruskan ceramah Anwar.

Dalam keputusannya kelmarin, UM menggantung pengajian bekas presiden Persatuan Mahasiswa Universiti Malaya (PMUM) Fahmi Zainol selama 2 semester dan denda RM600, sementara Presiden Pro-Mahasiswa UM Safwan Shamsuddin digantung 1 semester dan denda RM300.

Empat yang lain, Haw Yu Hong, Khairul Anwar, Adam Fistival Wilfrid dan Syamimi Munira Mohamed masing-masing didenda RM150 berserta amaran. Abraham Au digugurkan pertuduhan manakala Khairul Najib Hashim diberi amaran.

Wan Nur Syamimi berkata hukuman itu mengejutkan ramai pelajar.

Ketika ditemui di khemah Occupy UM, Adam Fistival berkata beliau tidak berpuas hati dengan keputusan kes itu.

“Saya tidak nampak asas mereka untuk menghukum saya seperti itu.

Tuduhan terhadap saya mendakwa saya berada dalam kawasan universiti sementara bukti gambar menunjukkan sebaliknya,” katanya.

Bagi beliau, pihak berkuasa universiti tidak berpegang kepada Perlembagaan Persekutuan, terutama Artikel 10 yang berkait dengan kebebasan bersuara.

Seorang lagi pemimpin pelajar, Vince Tan yang juga setiausaha agung kumpulan Progresif UM, berkata UM ada sejarah hanya membenarkan penceramah pilihannya di kampus.

“Penceramah yang kontroversi biasanya dilarang bercakap kepada pelajar sementara layanan permaidani merah diberikan kepada mereka yang bercakap bagi pihak berkuasa.

“Contohnya, Tun Dr Mahathir Mohamad diberikan sambutan seperti wira di Fakulti Undang-undang awal tahun ini di mana beliau menyampaikan ceramah mengenai kemiskinan.

“Sementara itu, Datuk Ambiga Sreenevasan, walaupun tidak mewakili mana-mana parti politik, dihalang bercakap di Konvensyen Kerjaya Undang-undang di mana beliau sepatutnya bercakap mengenai litigasi kepentingan awam.

“Keseluruhan konsep di mana kampus kekal sebagai ruang bebas kepada minda muda disemai dan menjadi pemikir hebat tidak kesampaian kerana universiti sering patuh kepada campur tangan politik terhadap aktiviti pelajar,” kata Tan.

Beliau menggesa pelajar UM menyokong gerakan Occupy UM “sebagai tanda keingkaran awam terhadap pentadbiran universiti kerana menghukum UM8”.

“Kami berkhemah di luar pagar Kuala Lumpur dan mengalu-alukan semua komuniti mahasiswa dan akademik menyertai kami demi tujuan murni,” katanya. – 11 Disember, 2014.

1 comment:

ong said...

Map-pe-lih, please refer to Article 2 in the Federal Constitution, it says students should study not demonstrate because your fees are being paid by the tax payers money. And I am one of those who are in the highest tax bracket that pays the cost to run manage the UM. when you are one of those who are paying the tax then you can demonstrate from morning till evening on your on time. Now go and study.

Share This

Comments

Facebook Popup

Powered by Blog - Widget