KL CHRONICLE: Kini @LatheefaKoya Bidas PAS, Kata patut utamakan kebajikan rakyat daripada hudud

Tuesday, December 23, 2014

Kini @LatheefaKoya Bidas PAS, Kata patut utamakan kebajikan rakyat daripada hudud

Latheefa Koya bersama seorang lagi peguam KETUM @Nsurendrann
Kerajaan negeri Kelantan di bawah pimpinan PAS patut mengutamakan penjagaan kebajikan di kalangan rakyat berbanding terlalu fokus untuk melaksanakan hukum hudud sebagaimana kedudukan zakat yang menjadi rukun Islam yang kedua selepas sembahyang.

Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi PKR yang juga merupakan peguam kepada Anwar Ibrahim, Latheefa Koya berkata, tambah-tambah lagi dalam kedudukan sekarang di mana kos sara hidup meningkat dan kedudukan ekonomi yang tidak baik ekoran kejatuhan harga minya, zakat sangat penting untuk seluruh rakyat Malaysia.



Latheefa dalam kenyataannya membantah pendekatan sesetengah pemimpin PAS yang dilihat sangat tegas untuk melaksanakan hudud tetapi Kelantan terus tertinggal dalam menjaga kebajikan rakyat.

"Kenapa PAS beria-ria mahu melaksanakan hudud tetapi mengetepikan objektif yang penting dalam Islam? Sudah pasti ada agenda politik di sebaliknya," kata beliau.

Timbalan Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Mohd Amar Nik Abdullah dilaporkan berkata, mereka akan meneruskan agenda membentangkan rang undang-undang berkenaan hudud di Parlimen bagi membolehkan undang-undang Islam itu dilaksanakan di Kelantan.

"Objektif tertinggi Maqasid Syariah adalah keadilan, kebaikan, dan kebijaksanaan," kata Latheefa.

"Mana-mana undang-undang yang lari daripada keadilan kepada ketidakadilan adalah bertentangan dengan syariah," katanya.

Beliau berkata, zakat adalah mekanisme utama untuk membolehkan kerajaan Islam memastikan kebajikan rakyat terjaga.

"Pelaksanaannya yang efisien akan menyaksikan objektif sebenar syariah mencapai matlamat," tambahnya lagi.

Beliau berkata, zakat hari ini dilihat tidak ditadbir dengan terurus walaupun jumlah kutipan hasil zakat mencecah berbilion ringgit, bantuan masih tidak sampai kepada golongan yang memerlukan.

Tambahnya, pada 2013, sejumlah RM2.2 bilion kutipan zakat berjaya dikutip.

"Kelantan adalah salah satu negeri yang miskin dan memerlukan pentadbiran zakat dengan efisien menurut pentadbiran Islam.

"Ini yang perlu diperjuangkan kerajaan Kelantan, bukannya fokus untuk pelaksanaan hudud," tambahnya.

Lebih-lebih katanya, dengan peningkatan kos sara hidup, zakat akan menjadi bantuan yang amat berguna untuk rakyat Malaysia.

"Pengagihan kekayaan kepada golongan miskin lebih penting berbanding hukuman hudud versi PAS," kata Latheefa.

No comments:

Share This

Comments

Facebook Popup

Powered by Blog - Widget