KL CHRONICLE: Kini Husam Musa Tolak Cadangan Kerajaan Campuran UMNO PAS Untuk Bina Semula Kelantan #MyBanjir

Wednesday, December 31, 2014

Kini Husam Musa Tolak Cadangan Kerajaan Campuran UMNO PAS Untuk Bina Semula Kelantan #MyBanjir

Husam antara pemimpin PAS yang akrab dan mesra bersama DAP
Pemimpin PAS Kelantan yang disisih dari barisan EXCO negeri, Husam Musa menolak cadangan supaya kepimpinan PAS dan Umno di negeri itu mengetepikan politik mereka dan membentuk kerajaan campuran demi memastikan rakyat Kelantan mampu bangkit menghadapi situasi yang teruk selepas banjir.

Husam mengulas cadangan dibuat salah seorang tokoh anak Melayu Kelantan, Datuk Dr Hussamuddin Yaacub, pengasas Kumpulan Media Karangkraf, dalam akhbar miliknya Sinar Harian.



Katanya, rakyat Kelantan sudah terlalu lama terhimpit dalam pertembungan ideologi antara dua parti politik iaitu BN dan PAS di negeri itu, "hanya melalui pembentukan kerajaan campuran, usaha membangunkan kembali Kelantan akan menjadi lebih mudah."

Hussamuddin berkata, kerosakan yang dilihat selepas situasi banjir ini pulih akan "amat luar biasa."

"Saya bukan hendak perkecilkan kerajaan Kelantan, tetapi saya rasa mereka tidak mampu hendak kendalikan semua ini," katanya sambil mengatakan rakyat Kelantan memerlukan bantuan kuasa yang besar dan mutlak supaya mereka boleh bangkit semula seperti keadaan sebelum banjir.

Beliau mencadangkan diadakan "gencatan politik" PAS dan Umno, sekurang-kurangnya selama 2 tahun bagi membolehkan usaha memulihkan keadaan di Kelantan seperti sediakala berjaya. 

Mengulas cadangan itu, Husam yang merupakan bekas exco kerajaan negeri itu berkata beliau tidak setuju dengan kerajaan campuran UMNO dan PAS untuk membantu rakyat Kelantan.

2 comments:

Unknown said...

Husam siapa, dia bkn lagi ahli exco k'jaan K'tan ...jgn diambil kira p'dapat dia, Husam hanyalah macai kpd DAP !.

Abdul said...

Kalau Perdana Menteri dan Menteri Besar Kelantan adalah orang yang bijak, tubuhlah satu kerajaan campuran. Portfolio diberi mengikut kemenangan pilihan raya yang lepas. Lebih baik kita berkawan daripada kita berlawan.

Husam ini agama diapun tak kuat. Mana dia nak ikut suruhan Al-Quran dan Sunnah Nabi.

Share This

Comments

Facebook Popup

Powered by Blog - Widget