KL CHRONICLE: Isu Tanah Rizab Melayu, Tahniah Diucapkan kepada FELDA, GLC lain macam mana?

Friday, December 26, 2014

Isu Tanah Rizab Melayu, Tahniah Diucapkan kepada FELDA, GLC lain macam mana?



Pada beberapa minggu yang lalu, banyak pihak telah membangkitkan isu mengenai Tanah Rizab Melayu dimana antara isu yang dibangkitkan adalah pengurangan Tanah Rizab Melayu di kawasan bandar sekaligus menyebabkan komposisi kaum yang tinggal dibandar menjadi "distorted" dimana kaum Bukan Melayu dilihat menjadi lebih dominan dikawasan bandar berbanding kaum Melayu. 



Untuk pengetahuan pembaca, tanah rizab Melayu diwartakan melalui  sebuah perundangan yang diwartakan menerusi Enakmen Rizab Melayu 1913 bagi menjamin pemilikan tanah untuk kaum Melayu di Semenanjung Malaysia. Namun, melalui kajian yang dilakukan, di negara ini Tanah Rizab Melayu kini hanya tinggal 12%. iaitu daripada keluasan 3.1 juta hektar (23.92 peratus) pada tahun 1931 kepada 1.57 juta hektar (11.99 peratus) pada tahun 2009. Perkara ini telah membangkitkan kerisauan orang Melayu. 

Menyedari perkara ini dan ambil berat tentang kerisauan orang Melayu, Pengerusi FELDA, Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad telah mengeluarkan kenyataan bahawa:

"FELDA tidak mempunyai masalah sekiranya 856, 953 hektar tanah rancangan FELDA di seluruh negara diwartakan sebagai rizab Melayu"

Kami di #KLChronicle menyambut baik kenyataan Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad yang telah "step up" dan bersikap proaktif dalam perkara ini. Namun persoalan yang bermain di fikiran kami adalah apa pula langkah yang diambil oleh syarikat GLC lain dalam hal ini? Adakah mereka akan mengambil langkah yang sama seperti FELDA atau sebaliknya? Perkara ini masih tidak jelas. 

Namun diharapkan jika betul tanah FELDA dijadikan tanah rizab Melayu, kerajaan harus menggunakan kelebihan ini dengan sebaik mungkin untuk mengelakkan tanah rizab Melayu sekali lagi "hilang" pada masa akan datang akibat pembangunan yang tidak seimbang seterusnya merugikan orang Melayu. Apa pendapat pembaca?

No comments:

Share This

Comments

Facebook Popup

Powered by Blog - Widget