KL CHRONICLE: Felda Investment beli Kensington Place, so what?

Friday, December 19, 2014

Felda Investment beli Kensington Place, so what?


Pada 15 December yang lalu, Felda Investment Corporation (FIC) anak syarikat milik penuh Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA) telah mengharumkan nama negara apabila menjadi antara beberapa GLC yang telah mengambil alih sebuah hotel terkemuka di Kensington, London.




Bagi kami di #KLChronicle, usaha FELDA ini merupakan satu usaha yang terpuji kerana barisan kepimpinan FELDA sedar bahawa dalam suasana ekonomi yang tidak menentu ini adalah penting bagi syarikat gergasi untuk mempelbagaikan aset pelaburannya.

Memetik kata Pengerusi Kumpulan Felda, Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad; pembelian Kensington Place membolehkan FELDA memaksimumkan pulangan pelaburannya bagi manfaat utama pihak berkepentingan.

“Ia adalah pencapaian penting dalam sejarah syarikat sebagai batu loncatan pertamanya dalam mewujudkan jenama untuk Felda yang sebelum ini membeli Apartmen Berservis Grand Plaza di Bayswater, kawasan tumpuan dalam kalangan rakyat Malaysia yang mengunjungi London.

“Apartmen Berservis Grand Plaza sesuai bagi keluarga atau mereka yang melancong dalam kumpulan, manakala Grand Plaza Kensington bertujuan menarik pengunjung yang mencari penginapan mewah dan dilayan dengan hospitaliti Malaysia"

Secara peribadi, kami memang bersetuju FELDA melakukan pelaburan di luar negara. Ini kerana pasaran hartanah di Malaysia telah semakin "saturated" dimana pulangan dalam pelaburan hartanah tidak begitu menguntunglan berbanding beberapa tahun lepas.

Bagi memastikan FELDA dapat memberikan dividen yang terbaik kepada peneroka FELDA, sudah pasti syarikat perlu mencari peluang yang terbaik dan yang memberikan pulangan yang tinggi. Bagi mereka yang asyik mengutuk FELDA dan kerajaan, sudah-sudahlah.

Tanya peneroka FELDA generasi pertama, kedua dan sebagainya apa sumbangan FELDA & kerajaan Barisan Nasional dalam meningkatkan taraf hidup mereka. "Teamwork" yang ditunjukkan oleh semua pihak telah berjaya mewujudkan "win-win" situation bagi semua.

Jadi pembangkang apsal hendak kecoh-kecoh?

1 comment:

sutannafoso said...

Soalnya betulke Felda ada expertise.Jgnlah lepas 3 tahun rugi gila2. Lebih elok beli tanah dipinggiran bandar atau bandar dlm Persekutuan Tanah Melayu dan bina apartment sederhana mewah jual/sewa pada anak2 Felda yg tengah merempat mencari tempat tinggal di bandar. Tapi jgnlah nak cari untung melampau pula.

Share This

Comments

Facebook Popup

Powered by Blog - Widget