KL CHRONICLE: Datuk Wee Ka Siong Pemimpin Cina yang prihatin, lawat mangsa banjir di Johor #MyBanjir @MyBanjir #JDT

Monday, December 29, 2014

Datuk Wee Ka Siong Pemimpin Cina yang prihatin, lawat mangsa banjir di Johor #MyBanjir @MyBanjir #JDT

Datuk Wee Ka Siong melawat mangsa banjir di Air Itam
Kami di #KLChronicle telah mendapat beberapa gambar yang menunjukkan Timbalan Presiden MCA, Datuk Wee Ka Siong melawat mangsa banjir di Johor. Lebih tepat lagi beberapa kampung dikawasan parlimen Air Itam dimana Datuk Wee Ka Siong merupakan ahli parlimen kawasan tersebut.



Menurut laporan yang kami terima, sebanyak 26 keluarga dengan jumlah keseluruhan 81 orang berlindung di SK Kota Dalam, Air Hitam. Manakala 11 keluarga lagi dengan jumlah keseluruhan 41 orang pula berlindung di SMK Suria Perdana.



Menyedari kesusahan yang dialami oleh rakyat di Air Itam, Datuk Wee telah dengan proaktifnya melawat pusat pemindahan banjir dan mengucapkan terima kasih kepada semua pihak (agensi kerajaan, NGO, rakyat biasa dan lain-lain) yang terlibat untuk membuka dua pusat pemindahan banjir di SK Kota Dalam dan SMK Suria Perdana di Air Hitam.


Malah, Datuk Wee bukan sahaja melawat pusat pemindahan banjir, malah beliau telah memberikan kenyataan bahawa bukan sahaja makanan dan perlindungan, tetapi perkhidmatan perubatan juga turut diberikan kepada mangsa banjir untuk memastikan tidak ada penyakit yang tidak diingini tersebar di pusat perlindungan banjir.

Perbuatan positif yang dilakukan oleh Datuk Wee ini berbeza dengan pemimpin Cina pembangkang dari DAP seperti si tua Lim Kit Siang yang hanya tahu memfitnah dan mengkritik kerajaan di Twitter manakala anak beliau Lim Guan Eng pula bercuti di Paris.

Lim Guan Eng pula bercuti di Paris
Kami di #KLChronicle sebenarnya amat gembira melihat kesungguhan Datuk Wee dimana walaupun beliau sedar bahawa orang Cina telah "meninggalkan" MCA namun beliau tetap meneruskan kerja untuk berkhidmat untuk rakyat dan tidak merajuk.

Inilah yang dikatakan sebagai pemimpin yang berjiwa rakyat. Apa pendapat anda?

No comments:

Share This

Comments

Facebook Popup

Powered by Blog - Widget