KL CHRONICLE: 5 lelaki termasuk dua beradik didakwa merusuh di Stadium Shah Alam #AFFCup

Wednesday, December 17, 2014

5 lelaki termasuk dua beradik didakwa merusuh di Stadium Shah Alam #AFFCup



Lima lelaki termasuk dua beradik hari ini mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret Shah Alam atas tuduhan merusuh semasa perlawanan bola sepak separuh akhir pertama Piala AFF Suzuki antara Malaysia dan Vietnam di Stadium Shah Alam pada 7 Disember lepas.



Kelima-lima tertuduh iaitu Amirul Akmal Nooradzhar, 22; Zulhelmy Akmal Zainol Abidin, 28; Muhammad Naquiyuddin Sallehuddin, 19, serta dua adik beradik Mohd Aminuddin Hamdan, 34, dan Noor Hadi Hamdan, 29 didakwa mengikut Seksyen 147 Kanun Keseksaan (Akta 574) yang boleh dipenjara sehingga dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

Mereka bersama-sama beberapa orang lagi yang masih bebas didakwa merusuh dengan menyerang penyokong pasukan bola sepak Vietnam menggunakan kekerasan di kawasan Quadrant A, Stadium Shah Alam pada pukul 9.50 malam.

Majistret Ellyana Razali membenarkan mereka masing-masing diikat jamin RM2,800 dengan seorang penjamin dan menetapkan 22 Jan depan untuk sebutan semula kes. – Bernama, 17 Disember, 2014.

No comments:

Share This

Comments

Facebook Popup

Powered by Blog - Widget