KL CHRONICLE: Penjenayah Sebagai Pemandu Teksi, Kerjasama SPAD, @PDRMsia & JPJ perlu ditingkatkan

Monday, November 24, 2014

Penjenayah Sebagai Pemandu Teksi, Kerjasama SPAD, @PDRMsia & JPJ perlu ditingkatkan


Baru-baru ini rakyat dikejutkan dengan kes seorang pemandu teksi yang telah menampar seorang penumpang wanita sehingga mengakibatkan kecederaan. Akhirnya, pemandu teksi tersebut telah dikenal pasti dan tindakan juga telah diambil oleh pihak Polis. Kami di #KLChronicle mengucapkan tahniah kepada pihak polis kerana telah berjaya menyelesaikan kes ini dengan pantas. Tindakan ini akan dapat mengembalikan keyakinan rakyat mengunakan perkhidmatan teksi pada masa akan datang.



Kami di #KLChronicle juga menyambut baik kenyataan yang dikeluarkan oleh Pengerusi SPAD, Tan Sri Syed Hamid Albar bahawa SPAD akan bekerjasama dengan pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) bagi membasmi isu ini. Antara langkah yang telah diambil oleh SPAD adalah dengan memperkenalkan sistem identifikasi pemandu dan data tersebut akan dikongsi bersama PDRM bagi memastikan mereka yang mempunyai rekod jenayah tidak akan diberikan lesen operasi teksi. 

Selain itu, SPAD juga akan bekerjasama dengan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) bagi memastikan tidak ada lesen PSV yang akan diberikan kepada pemandu yang mempunyai rekod jenayah. PSV adalah lesen yang dikeluarkan oleh JPJ bagi mereka yang ingin belajar dan bekerja sebagai pemandu pengangkutan awam. Ini bagi memastikan tidak ada kes dimana pemandu pengangkutan awam adalah penagih dadah dan sebagainya. 

Bagi kami, kerjasama antara ketiga-tiga parti iaitu SPAD, PDRM & JPJ ini adalah sesuatu yang bagus dan bermanfaat untuk rakyat. Pengangkutan awam merupakan salah satu keperluan yang sangat penting bagi penduduk bandar dan luar bandar. Jika keselamatan dan keselesaan rakyat dapat diberi jaminan, kami pastikan kebanyakan rakyat akan mengambil pengangkutan awam untuk melakukan aktiviti harian mereka berbanding memandu kenderaan sendiri. Apa pendapat anda?

No comments:

Share This

Comments

Facebook Popup

Powered by Blog - Widget