KL CHRONICLE: Khairy kelu ditanya isu 1MDB depan Dr Mahathir

Thursday, November 20, 2014

Khairy kelu ditanya isu 1MDB depan Dr Mahathir

Minister of Youth and Sports Khairy Jamaluddin (left) and Tun Dr Mahathir Mohamad at Yayasan Kepimpinan Perdana in Putrajaya, today. – The Malaysian Insider pic by Nazir Sufari, November 20, 2014.


Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin enggan menjawab soalan berhubung hutang 1Malaysia Development Berhad (1MDB) yang melebihi RM30 bilion, sebaliknya kelihatan kelu hendak memberi respons mewakili pentadbiran Kabinetnya di hadapan bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.



Khairy ketika ditanya sama ada isu 1MDB itu perlu dibahaskan semasa Perhimpunan Agung Umno (PAU) 2014 minggu hadapan, hanya ketawa sambil memegang kolar leher bajunya, dan sempat menjeling ke arah Dr Mahathir yang hanya tersenyum melihatnya.

"Soalan LTdL seterusnya," katanya kepada pemberita semasa Majlis Pelancaran Logo dan sidang media Le Tour de Langkawi (LTdL) bersama Mahathir di Yayasan Kepimpinan Perdana, Putrajaya, hari ini.

Dr Mahathir dan Khairy, dua figura yang dilihat sering berbeza pendapat apabila sesuatu isu timbul, tambahan ketua Pemuda Umno itu merupakan menantu mantan perdana menteri selepas Dr Mahathir, Tun Abdullah Ahmad Badawi.

Ini pertama kali dua pemimpin berbeza generasi itu berada dalam majlis sidang media yang sama. Mereka kelihatan mesra dan Khairy dilihat tunduk hormat ketika bersalaman dengan Dr Mahathir.

No comments:

Share This

Comments

Facebook Popup

Powered by Blog - Widget