KL CHRONICLE: Shahidan Kassim Elok Letak Jawatan, Jangan Malukan @NajibRazak

Thursday, October 9, 2014

Shahidan Kassim Elok Letak Jawatan, Jangan Malukan @NajibRazak




Kami di #KLChronicle rasakan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Shahidan Kassim wajar letak jawatan kerana beliau nampaknya masih "out of touch" dengan permasalahan yang dihadapi oleh rakyat sekarang. Pertama, kerajaan mengurangkan subsidi petrol dan diesel sebanyak RM 0.20 sen beberapa hari sebelum Hari Raya Aidiladha, Kedua terdapat pula Menteri yang bergaji RM 6,500 kononya terpaksa ikat perut.

Bagi kami, kenyataan Shahidan Kassim ini bodoh dan tidak masuk akal. Umum ketahui bahawa gaji Shahidan Kassim bukan RM 6,500 malah beliau mendapat "dua" gaji iaitu:



  1. Ahli Parlimen sebanyak RM 6,508.59
  2. Menteri sebanyak RM 14,907.15 
Jumlah gaji beliau ialah RM 21, 415.75. Kalau sudah gaji sebanyak itu, kenapa beliau cuba menipu rakyat dengan mengatakan bahawa gaji beliau hanya RM 6,500 dan perlu kononya mengikat perut?

Adakah beliau ingat rakyat bodoh tentang fakta-fakta diatas sehingga akan percaya bulat-bulat apa yang dikatakan oleh Pak Menteri? Shahidan Kassim harus ingat rakyat TIDAK BODOH dan akan bertambah marah dengan kerajaan jika menteri keluar statement sebegini. 

Apakah Shahidan Kassim tidak fikir tentang keluarga miskin yang bergaji hanya RM 1,500 dan terpaksa menyara anak kecil dan sebagainya? Janganlah hanya pentingkan diri. Rakyat yang memberi undi kepada Barisan Nasional dan rakyat jugaklah yang ada kuasa untuk menarik undi tersebut. Kami berharap Perdana Menteri Datuk Seri Najib Haji Razak gantilah Shahidan Kassim dengan menteri yang baru yang lebih muda supaya permasalahan rakyat dapat ditangani. 

Berhentilah beri jawatan kepada "dinasour" politik seperti Shahidan Kassim yang telah kenyang bersama kerajaan. Apa pendapat pembaca?

2 comments:

fahmy said...

Sokong sgt wat statements seolah org lain bodoh. Dia ingat dia dlm persatuan sukan ke

Vaughn Daniel de Ranger said...

kalau gji Rm21k pun dikatakn ikat perut,gji Rm1.5k ni ikat apa erk...?ikat tangan,kaki,perut la agaknya kot...pling x pun cucuk mata dgn garfu ala2 Kassim Selamat spaya x nmpk n bca statement bahlol ni o jdi pekak mcm bini Pak Mat Tempe....lu pkir la sndri bak kata Nabil

Share This

Comments

Facebook Popup

Powered by Blog - Widget