KL CHRONICLE: Response #KLChronicle kepada Ahli Parlimen PKR berkaitan kritikan terhadap @mpkotabelud

Sunday, October 19, 2014

Response #KLChronicle kepada Ahli Parlimen PKR berkaitan kritikan terhadap @mpkotabelud



Saya merujuk kepada kenyataan Ahli Parlimen PKR dari Alor Setar Gooi Hsiao Leung di dalam portal pro pembangkang The Malaysian Insider (http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/pkr-minta-pm-kecam-rahman-dahlan-kerana-berkelakuan-seperti-menteri-korea-uyang mahu Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Haji Najib Tun Razak mengambil tindakan terhadap Menteri perumahan, kesejahteraan bandar dan kerajaan tempatan Datuk Abdul Rahman Dahlan kerana memberi amaran kepada kerajaan Amerika Syarikat supaya tidak masuk campur tangan dalam hal dalam urusan dalam negara,



Pertama sekali, #KLChronicle ingin berterima kasih kepada Datuk Abdul Rahman Dahlan kerana berani bangkit dan mempertahakan negara daripada "dijajah" oleh kuasa-kuasa barat. Tindakan yang dilakukan oleh Datuk Abdul Rahman Dahlan adalah sama seperti yang pernah dilakukan oleh Mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad ketika beliau menjadi Perdana Menteri Malaysia. 

Kedua, #KLChronicle mengecam sekeras-kerasnya tindakan Ahli Parlimen PKR dari Alor Setar Gooi Hsiao Leung yang dilihat seperti seorang balaci kepada Amerika Syarikat kerana mahu negara luar mencampuri urusan dalam negara. Malaysia sebagai sebuah negara yang merdeka dan berdaulat mempunyai hak untuk mentadbir negara sendiri tanpa dipengaruhi oleh pihak Barat. 

Ketiga, #KLChronicle ingin mendesak Gooi Hsiao Leung untuk menyatakan pendirian beliau adakah beliau setuju bahawa negara berdaulat Malaysia ini dikuasai oleh Amerika Syarikat dimana segala bentuk keputusan dan pentadbiran kerajaan perlu mendapat persetujuan pihak Amerika Syarikat? #KLChronicle memandang serius perkara ini kerana nampaknya apabila Pakatan Pembangkang berkuasa di Malaysia, mereka akan dipengaruhi oleh elemen-elemen luar dan kita tidak akan berkuasa untuk membuat keputusan sendiri.

Akhir sekali, #KLChronicle mengucapkan terima kasih kepada Gooi Hsiao Leung kerana anda telah membuktikan kepada kami rakyat Malaysia bahawa anda, parti anda dan pakatan anda merupakan agen kepada kuasa besar Amerika Syarikat dan hanya menjaga kepentingan Amerika Syarikat berbanding kepentingan rakyat dan  kedaulatan negara tercinta ini. 

#KLChronicle. 

No comments:

Share This

Comments

Facebook Popup

Powered by Blog - Widget