KL CHRONICLE: PASMA PEROSAK DALAMAN PAS

Wednesday, October 1, 2014

PASMA PEROSAK DALAMAN PAS



Pas Terengganu sekali lagi menegaskan ahlinya supaya tidak sesekali terlibat dalam badan bukan kerajaan (NGO) Persatuan Ummah Sejahtera Malaysia (Pasma) sebagaimana arahan dikeluarkan sebelum ini.



Pesuruhjayanya, Satiful Bahri Mamat mengingatkan bahawa Pasma bukanlah satu persatuan yang baik kepada ahli Pas, malah menyifatkannya perosak di peringkat dalaman yang boleh menghakis kesetiaan ahli terhadap parti dan kepimpinan.

Menurutnya, kewujudan Pasma yang berpunca daripada rasa tidak puas hati ahli parti itu dan tidak senada dengan kepimpinan, dilihat membawa lebih banyak keburukan terhadap ahli parti.

“Mereka rosakkan parti dan tidak wajar ahli Pas bersama-sama mereka. Tugas mereka mengkritik Pas sedangkan Pas ada saluran dalam parti. Kita minta ahli Pas ikut parti.

“Orang yang berasa kecewa sahaja berada dalam Pasma. Kita harap jangan terlibat dengan NGO ini sebagaimana arahan Pas Terengganu sebelum ini,” katanya, semalam.

Beliau berkata demikian ketika mengulas mengenai Pasma yang dilancarkan di Besut, malam kelmarin.

Mengulas lanjut kenyataan Presiden Pasma, Datuk Phahrolrazi Mohd Zawawi bahawa Pas akan rugi jika tidak memanfaatkan Pasma, beliau menegaskan, Pas tiada kaitan sama sekali dengan pertubuhan itu.

No comments:

Share This

Comments

Facebook Popup

Powered by Blog - Widget