KL CHRONICLE: Kini @KhalidSamad Bidas PAS, Samakan Ia dengan UMNO

Friday, October 24, 2014

Kini @KhalidSamad Bidas PAS, Samakan Ia dengan UMNO


#KLChronicle : Bodoh Khalid Samad ni, UMNO tidak pernah melarang mana-mana ahli UMNO daripada menyertai sebarang NGO walaupun jika perjuangan NGO tersebut bertentangan dengan dasar kerajaan contohnya seperti PERKASA. UMNO lebih terbuka berbanding PAS. Khalid tahu perkara ini tetapi tidak mahu menyatakan hal sebenar. Puii!




Tindakan PAS melarang ahlinya menyertai Persatuan Ummah Sejahtera Malaysia (PasMa) hanya akan menimbulkan persepsi negatif umum parti Islam itu sama saja dengan Umno, kata Ahli Jawatankuasa (AJK) PAS Pusat Khalid Samad.

Khalid berkata, walaupun Umno dan Barisan Nasional (BN) kini dilihat lebih terbuka dengan memansuhkan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dan membenarkan perhimpunan aman, PAS pula dinasihatkan supaya tidak menggunakan pendekatan kuku besi dengan mengharamkan ahlinya menyertai PasMa,

"Kalau PAS bertindak melarang ahli menyertai dan hadir program PasMa, maka akan dikatakan mengenai PAS, 'sama saja PAS dan Umno', bila berkuasa akan diharamkan rakyat mendengar pandangan berbeza yang mengkritik kepimpinan mereka," tulis Khalid dalam blognya.

"Biar rakyat bebas mendengar serta bersuara dan pada masa yang sama PAS perlu yakin dengan kekuatan hujah yang ada. Kalau tersilap, bersedia pula untuk membetulkan diri,” katanya.

Katanya, dalam keadaan Umno dan BN berubah menjadi lebih ke hadapan, PAS dinasihatkan supaya tidak berubah ke belakang, iaitu daripada mengamalkan sikap terbuka kepada "dipaksa" bersikap tertutup, bagaikan takut pada bayang-bayang sendiri. 

Ahli Parlimen Shah Alam itu berkata, PAS yang dikenalinya selama ini mempunyai dasar terbuka berhubung kritikan dan teguran, namun tidak pasti jika kini dasar itu sudah berubah.

"Jangan pula yang akan beranggap PAS tidak menghormati hak kebebasan bersuara.

"Mengharamkan itu dan ini sedangkan segala hujah yang dikemukakan oleh yang hadir di program PasMa boleh dipatahkan dengan hujah juga. Ruangnya diberi. Bukan ‘dipatahkan’ dengan pendekatan kuku besi melalui pengharaman," katanya.

Menafikan dirinya dilantik sebagai naib presiden PasMa, Khalid berkata mustahil jika matlamat penubuhan badan bukan kerajaan (NGO) itu mampu menjatuhkan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Katanya, hanya perwakilan parti di muktamar yang berhak memilih presiden, NGO pula tidak ada hak untuk hadir ke muktamar dan mengundi.

Mengenai ancaman PasMa menggalakkan ahli PAS mencabar Hadi semasa muktamar akan datang, Khalid berkata itu terpulang kepada ahli sekiranya ada yang ingin melakukannya.

"Ianya tidak salah daripada segi Perlembagaan dan adat berorganisasi. Kalau tiada PasMa sekalipun tidak mustahil ia boleh berlaku," katanya.

Katanya, berbanding gerakan terbuka PasMa, lebih ditakuti ialah usaha secara diam-diam yang berjalan tanpa pengetahuan mereka yang dikritik dan diserang.

"Begitu juga dengan kritikan dan teguran yang dilakukan secara senyap dan tanpa peluang membela diri. 

"Ini akan menyebabkan amalan fitnah memfitnah, penanaman sikap benci-membenci, label-melabel dan berpuak-puak berlaku. 

"Orang yang diserang dan dikritik pula tidak diberi peluang membela diri atau memberi penjelasan sebaliknya," katanya.

Majlis Syura Ulama PAS pada Oktober lalu mengeluarkan arahan melarang ahlinya menyertai PasMa, diikuti beberapa PAS negeri termasuk Terengganu, Pahang dan Wilayah Persekutuan.

Naib Presiden PAS Tuan Ibrahim Tuan Man pada September lalu dilaporkan berkata, ahli PAS dilarang menyertai PasMa kecuali mereka keluar parti Islam itu.

"Mereka tidak boleh sebab mereka ahli PAS, kecuali mereka keluar parti," katanya. – 24 Oktober, 2014.

No comments:

Share This

Comments

Facebook Popup

Powered by Blog - Widget