KL CHRONICLE: Felda Menang Saman Terhadap @drwanazizah, Ini Pendapat #KLChronicle

Thursday, October 23, 2014

Felda Menang Saman Terhadap @drwanazizah, Ini Pendapat #KLChronicle

Wan Azizah didapati bersalah memfitnah Felda
Beberapa hari yang lepas, Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA) dan anak syarikatnya, FELDA Global Ventures Holdings Sdn Bhd, telah memenangi saman terhadap Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dan dua yang lain berhubung penerbitan dua artikel fitnah dalam akhbar PKR, Suara Keadilan. Bagi kami, kemenangan FELDA ini adalah tepat pada masanya kerana telah banyak fitnah dan tuduhan yang dilemparkan oleh pihak Pembangkang yang "terlepas" dari tindakan undang-undang.




Artikel dalam Suara Keadilan yang berniat jahat dan memfitnah Felda

Kemenangan FELDA dan FGV ini berkait dengan artikel yang dikeluarkan oleh SUARA KEADILAN yang telah cuba memberikan imej dan persepsi yang buruk terhadap FELDA dikalangan orang Melayu amnya dan peneroka FELDA secara khususnya. Umum ketahui bahawa peneroka FELDA merupakan antara penyokong setia Barisan Nasional (BN) kerana BN telah terbukti menjaga kebajikan peneroka FELDA di setiap negeri. 

Untuk memastikan BN tidak mendapat sokongan peneroka, SUARA KEADILAN telah bertindak dengan cara mewujudkan persengketaan antara BN menerusi FELDA dan juga peneroka dengan harapan peneroka akan menolak BN/FELDA pada pilihanraya umum ataupun mana-mana pilihanraya kecil yang akan diadakan. Namun, tindakan pantas pimpinan tertinggi FELDA diketuai oleh Tan Sri Isa Samad telah memastikan perkara ini tidak berlaku.


Felda menang saman terhadap PAS berikutan Fitnah yang ditabur parti Islam itu
Selain itu, bukan sahaja Wan Azizah, PAS juga telah didapati bersalah kerana memfitnah FELDA dengan mengatakan bahawa FELDA menjual minyak sawit mentah kepada Israel.Umum ketahui bahawa rakyat Malaysia yang berbangsa Melayu/Islam sangat sensitif dengan apa sahaja berita yang berkaitan dengan Israel. 

Dengan memfitnah FELDA mempunyai hubungan dagang dengan Israel, PAS telah berharap bahawa perkara ini dapat mengurangkan sokongan orang Melayu/Islam terhadap BN. Malangnya, jika kita lihat sekarang nampaknya PAS yang telah hilang sokongan orang Melayu/Islam kerana menjadi "balaci/Macai" kepada pihak Chauvinist Cina DAP. 

Tan Sri Isa tegas dalam mempertahankan imej serta kredibiliti Felda
Kami di #KLChronicle sekali lagi mengucapkan tahniah dan terima kasih kepada Tan Sri Isa Samad kerana telah berjaya mempertahankan reputasi FELDA dan FGV daripada terus dirosakkan oleh pihak pembangkang yang terbukti hanya gila kuasa dan sanggup memusnahkan segala pembangunan yang telah dilakukan oleh kerajaan Barisan Nasional (BN). FELDA merupakan entiti orang Melayu dan harus dipertahankan. 

Jika Pakatan Rakyat mahu terus menghancurkan FELDA & FGV, kami yakin lebih ramai akan bangun mempertahankan institusi kebanggaan orang Melayu ini. 

No comments:

Share This

Comments

Facebook Popup

Powered by Blog - Widget