KL CHRONICLE: Antara fakta Hujahan Pendakwaraya kes liwat @anwaribrahim

Friday, October 31, 2014

Antara fakta Hujahan Pendakwaraya kes liwat @anwaribrahim


SALAH satu hujah Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah pagi tadi "Anwar bukan seorang perayu
biasa kerana dia berkarisma dan mampu mempengaruhi seorang anak muda.




Shafee berkata selepas perilaku seksual itu, Anwar menasihatkan Saiful juga tidak mengabaikan solat. Katanya, ini menunjukkan mereka adalah mesra dan menunjukkan macam ada kebenarannya.

"Saiful mengaku dia takut pada Anwar," kata Shafee sambil menambah bahawa perbualan itu berlaku ketika mereka sedang minum kopi dan makan karipap.

Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah berkata, saiful merupakan bekas pelajar tercicir, berpakaian sut mahal dan diberi elaun lumayan serta dihantar ke luar negara.

Merujuk keterangan Saiful, Shafee berkata bekas pembantu ketua pembangkang itu dibayar gaji pokok RM1,000 tetapi diberi elaun US$1,000 bagi perjalanan ke Singapura dan HK$1,000 semasa dihantar ke Hong Kong.

Saiful juga berpakaian sut jenama mahal, kata Shafee, yang menambah perkara itu perlu diberi perhatian dalam menunjukkan wujud "hubungan".

Dan ketahuilah kau orang semua Fakta ini.

Saiful Bukhari beri keterangan secara bersumpah dan disoal balas Karpal Singh. Anwar Al Juburi pulak beri keterangan tanpa bersumpah dan tak boleh disoal balas oleh pendakwaraya.

Malah waktu Saiful Bukhari memberikan keterangan diperingkat mahkamah tinggi Anwar Ibrahim mohon pada mahkamah agar ianya dibicarakan secara tertutup dan tidak boleh dihebahkan keterangan keterangan yang Saiful Bukhari berikan.

No comments:

Share This

Comments

Facebook Popup

Powered by Blog - Widget