KL CHRONICLE: Wong Hoi Cheng didakwa kerana gelar Ketua Polis Negara ‘Nazi’ di Twitter

Monday, September 15, 2014

Wong Hoi Cheng didakwa kerana gelar Ketua Polis Negara ‘Nazi’ di Twitter


Seorang pengurus projek didakwa mengikut Kanun Keseksaan hari ini kerana memanggil Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar "jeneral Nazi zalim", lapor The Star Online.




Wong Hoi Cheng menggunakan akaun Twitternya untuk menggelar Khalid sebagai "Heinrich Himmler Malaysia".

Beliau juga menulis "bastardization of@PDRMsia", merujuk kepada akaun Twitter pasukan polis.

Lelaki 43 tahun itu didakwa mengikut Seksyen 504 Kod Keseksaan.

The Star Online memetik laporan dakwaan yang mengatakan tweet Wong merupakan kesalahan di mengikut Seksyen 504 yang boleh "membangkitkan kemarahan dan menganggu keamanan." – 15 September, 2014.

No comments:

Share This

Comments

Facebook Popup

Powered by Blog - Widget