KL CHRONICLE: #MBSelangor : PKR sahkan hantar surat jawapan selepas derhaka kepada DYMM Sultan

Wednesday, September 10, 2014

#MBSelangor : PKR sahkan hantar surat jawapan selepas derhaka kepada DYMM Sultan


PKR enggan mengesahkan menghantar lebih 2 nama calon menteri besar Selangor kepada Sultan, tetapi mengaku menghantar surat kepada Sultan Sharafuddin Idris Shah menjawab surat amaran daripada istana pada 3 September lalu.





Setiausaha Agung PKR Datuk Saifuddin Nasution Ismail berkata surat itu ditandatangani presiden parti Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dan diserahkan semalam.

"Kami hantar surat ke istana semalam tetapi saya tidak tahu isi kandungannya. Apa yang saya tahu hanya, surat dihantar, dan perkara ini dimaklumkan istana," katanya kepada media selepas menghadiri mesyuarat Biro Politik PKR di Petaling Jaya malam tadi.

Katanya, mesyuarat itu tidak secara khususnya membincangkan isu pencalonan lebih 2 nama untuk jawatan menteri besar Selangor seperti titah Sultan.



Pada 3 September, istana Selangor kecewa dengan PKR kerana menghantar hanya satu nama menteri besar yang dilihat sebagai derhaka terhadap titah Sultan Selangor menyebabkan parti itu mengumumkan yang ia akan mengambil langkah perlu dan wajar dalam masa 48 jam berikutnya. – 10 September, 2014.

MENYUSUL LAGI

No comments:

Share This

Comments

Facebook Popup

Powered by Blog - Widget