KL CHRONICLE: Kini PAS diperbodohkan oleh PKR, Kuota exco hanya diberi 3 orang

Friday, September 26, 2014

Kini PAS diperbodohkan oleh PKR, Kuota exco hanya diberi 3 orang

Walaupun terbuka sokong Azmin, kuasa PAS kini dikurangkan di Selangor

Kuota empat kerusi ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) yang diperuntukkan kepada PAS sebelum ini dikurangkan menjadi tiga.

Dua exco senior PAS, Sallehen Mukhyi dan Dr Halimah Ali digugurkan dalam barisan baru kepimpinan Menteri Besar Selangor Mohamed Azmin Ali. Dipercayai Sallehen Mukhyi digugurkan kerana beliau dikatakan sangat vokal dalam mempertahankan JAIS dan isu Kalimah ALLAH sehingga mengguris perasaan barisan kepimpinan DAP Selangor dan Pusat.



Mereka digantikan dengan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Taman Templer Mohd Zaidy Abdul Talib. Kini exco PAS hanya Iskandar Samad, Dr Ahmad Yunus ‎Hairi dan Mohd Zaidy. 

Azmin mengumumkan 10 barisan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (exco) baru‎. Kompisisi exco adalah 4 PKR, 3 PAS, 3 DAP.

  1. Elizabeth Wong Keat Ping
  2. Dr Da‎royah Alwi
  3. Nik Nazmi Nik Ahmad
  4. Amirudin Shari
  5. Datuk Teng Chang Khim
  6. Ean Yong Hian Wah
  7. V Ganabatirau
  8. Iskandar Abdul Samad
  9. Dr Ahmad Yunus Hairi
  10. Zaidy Abdul Talib


Pelantikan 10 exco terbabit diperkenankan Sultan Selangor berkuatkuasa hari ini, kata Azmin.

Kerusi Timbalan Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) yang disandang PKR, Nik Nazmi diserahkan kepada PAS, namun calonnya belum ditentukan lagi dan hanya akan dilantik apabila DUN bersidang pada November depan.

"Nik Nazmi sudah meletakkan jawatan sebagai Timbalan Speaker Dewan. Saya bersetuju supaya jawatan Timbalan Speaker disandang PAS bagi mewakili Pakatan Rakyat (PR)," katanya.

Komposisi exco itu menunjukkan kuasa PAS dalam pentadbiran negeri berkurangan walaupun kerusi DUN PAS di Selangor adalah 15, lebih banyak berbanding PKR 13 kerusi, manakala DAP 15.

Istiadat Angkat Sumpah Jawatan dan Ikrar Akujanji serta Pengurniaan Surat Cara Pelantikan exco akan diadakan pada pukul 3 petang ini di Istana Alam Shah, Klang.

PKR kemudian akan mengadakan sidang media di Ibu Pejabat PKR di Petaling Jaya pada pukul 5 nanti. – 26 September, 2014.

No comments:

Share This

Comments

Facebook Popup

Powered by Blog - Widget