KL CHRONICLE: Kini KETUM Sahkan Dipecat Sebagai Penasihat Ekonomi Selangor

Wednesday, September 24, 2014

Kini KETUM Sahkan Dipecat Sebagai Penasihat Ekonomi Selangor


KeTum Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mengesahkan bahawa beliau telah dipecat daripada jawatannya sebagai penasihat ekonomi Selangor oleh bekas menteri besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Ketua umum PKR itu berkata, sekarang terpulanglah kepada menteri besar Selangor yang baharu Mohamed Azmin Ali sama ada mahu meneruskan khidmatnya atau tidak.



"Tidak mengapa, (Khalid) sedang marah. Kita tidak ada masalah dengan itu. Sila tanya menteri besar baharu," katanya kepada pemberita di Ibu Pejabat PKR di Petaling Jaya hari ini.

Pada Isnin Faekah Husin berkata Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) Selangor bersetuju menutup Pejabat Penasihat Ekonomi Negeri di Plaza Perangsang di Shah Alam serta-merta kerana membazir wang rakyat.

Ketua pegawai eksekutif Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI) itu berkata, penutupan itu berikutan hal ehwal ekonomi dilihat mampu diuruskan Pusat Pelaburan Negeri Selangor (SSIC).

Beliau berkata, SSIC kini beroperasi sebagai sebuah pusat sehenti selain memiliki pegawai terlatih serta berpengalaman luas terutama dalam bidang berkaitan urusan pentadbiran, prosedur dan promosi.

Katanya, penubuhan Pejabat Penasihat Ekonomi Selangor pada 2009 yang diletak di bawah pengurusan MBI bertujuan memanfaatkan pengalaman serta kepakaran penasihat ekonomi Selangor  yang pernah menjawat kedudukan sebagai timbalan perdana menteri dan menteri kewangan.

"Sehubungan itu, kita berpendapat adalah wajar Pejabat Penasihat Ekonomi Selangor ditutup supaya peranannya tidak bertindih dengan tugas dan tanggungjawab pegawai kerajaan negeri yang dikhususkan untuk menjaga hal ehwal ekonomi dan pelaburan Selangor," katanya. – 24 September, 2014.

No comments:

Share This

Comments

Facebook Popup

Powered by Blog - Widget