KL CHRONICLE: KIni Haron Din pula bidas puak Erdogan dan pengkritik ulama PAS

Wednesday, September 17, 2014

KIni Haron Din pula bidas puak Erdogan dan pengkritik ulama PAS

Timbalan Mursyidul Am PAS Datuk Dr Haron Din bidas kumpulan mengkritik kepimpinan ulama. – Gambar The Malaysian Insider, 17 September, 2014.

Timbalan Mursyidul Am PAS Datuk Dr Haron Din membidas kumpulan dalam dan luar parti yang mengkritik kepimpinan ulama, memberi isyarat krisis dalam parti berusia 60 tahun itu semakin meruncing.

Beliau juga mempertahankan keputusan presiden parti Datuk Seri Abdul Hadi Awang dalam krisis menteri besar Selangor yang banyak dikritik ahli jawatankuasa pusat parti dan rakan mereka DAP dan PKR.



Haron dan Majlis Syura Ulama sebelum ini menyokong tindakan Hadi yang tidak menamakan presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai pengganti Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebagai menteri besar Selangor.

Keputusan itu menimbulkan pertikaian dalam parti kerana jawatakuasa PAS Pusat sebelum ini memutuskan untuk mencalonkan dua nama iaitu Dr Wan Azizah dan timbalannya, Mohamed Azmin Ali sebagai calon menteri besar Selangor. – 17 September, 2014.

MENYUSUL LAGI

No comments:

Share This

Comments

Facebook Popup

Powered by Blog - Widget