KL CHRONICLE: Hatta Ramli : PAS mahu orang lain tapi TERPAKSA pilih Wan Azizah

Tuesday, September 16, 2014

Hatta Ramli : PAS mahu orang lain tapi TERPAKSA pilih Wan Azizah


Pengarah Pilihan Raya PAS Pusat, Dr Mohd Hatta Ramli mendedahkan PAS mahukan individu lain menjadi menteri besar Selangor menggantikan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, tetapi akhirnya terpaksa menerima Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail mengikut kehendak Anwar Ibrahim.




Selepas diasak hadirin dengan persoalan "Apa PAS mahu?", Dr Hatta mengakui gagal memberikan jawapan tepat punca parti itu memanjangkan lagi krisis peralihan kuasa menteri besar Selangor.

"Apa yang kita mahu? Saya pun tidak pasti, yang kita mahu ialah orang lain, bukan Dr Wan Azizah.

"Kalau kita cakap orang lain akan tempelak kita... kita sudah bersetuju bersama Anwar," katanya dalam forum 'Kemelut MB Selangor: Mampukah PR bertahan?' anjuran Persatuan Ummah Sejahtera Malaysia (PasMa) di Lembah Pantai malam tadi.

Ahli Parlimen Kuala Krai itu turut mengakui berlaku pertemuan antara Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang dengan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) PAS Selangor membincangkan calon menteri besar, namun enggan mengulas lanjut.

"Saya tidak tahu isi perbincangan itu kerana tidak ada laporan rasmi dan kita (AJK PAS Pusat) tidak dijemput.

"Mungkin Presiden dengar pandangan Adun, saya pun tidak tahu apa kesimpulan tersebut," katanya.

Beliau berkata walaupun dalam PR, kadangkala ada isu yang tidak boleh disepakati seperti hudud, tetapi PAS dalam isu menteri besar Selangor mengambil pendirian tidak wajar dan dirumitkan sehingga tidak ada satu keputusan dibuat.

"Jangan ingat PR semuanya ideal... contohnya siapa perdana menteri daripada PR selepas PRU13, sampai sekarang tidak henbdak diselesaikan kerana kita 'setuju untuk tidak bersetuju' tetapi tidak perlu hendak sabotaj," katanya.

1 comment:

mk said...

this boboon...is spinning as usual.
Play with words.. what they r good for.. Just simple word to explain his spinning.. that they want to take over Pas leadership ...now or whenever ... waits for right moment that they ii create situation.. Anwarinas grand design..

Share This

Comments

Facebook Popup

Powered by Blog - Widget