KL CHRONICLE: Gambar Sekitar Program "My Diamond : Prihatin OKU" oleh Datuk Noor Ehsanuddin

Monday, September 29, 2014

Gambar Sekitar Program "My Diamond : Prihatin OKU" oleh Datuk Noor Ehsanuddin

Displaying DSC_0663.JPG
Pelancaran program My Diamond : Prihatin OKU
Pada tanggal 19 dan 20 September 2014, satu program kemasyarakatan yang diberi nama " Skuad Mesra Bantuan Keperluan Orang Kurang Upaya (OKU)" dengan tema “MY DIAMOND: PRIHATIN OKU” telah diadakan di Parlimen Kota Tinggi, Johor. Program ini telah dianjurkan oleh Yayasan Mesra , sebuah yayasan yang ditubuhkan untuk membantu pembangunan sahsiah masyarakat melalui program-program kemasyarkatan, kebajikan dan pendidikan. 



Displaying DSC_0687.JPG
Datuk Noor Ehsanuddin, Ahli Parlimen Kota Tinggi
Bagi program "MY DIAMOND: PRIHATIN OKU" ini, pihak Yayasan Mesra mesra juga telah mendapat kerjasama dari pelbagai pihak antaranya Pusat Khidmat Parlimen Kota Tinggi, Jabatan Kebajikan Masyarakat KEJORA dan dikelolakan oleh Pusat Dalam Komuniti. Bagi saya, penyertaan Ahli Parlimen Kota Tinggi bersama agensi-agensi kerajaan serta jabatan kebajikan masyarakat merupakan satu bentuk "teamwork" yang sangat baik. 

Displaying DSC_0706.JPG

Sebelum saya bercerita dengan lebih lanjut, tujuan program "MY DIAMOND: PRIHATIN OKU" ini diadakan adalah untuk untuk memberi bantuan dan sokongan moral serta kaunseling kepada Orang Kurang Upaya (OKU) di sekitar kawasan Kota Tinggi di samping dapat memberi pengiktirafan dan penghargaan kepada golongan ini. Selain itu, program ini dapat meningkatkan keprihatinan masyarakat terhadap golongan OKU untuk mewujudkan integrasi dan kesedaran yang berterusan di kalangan masyarakat. 

Jika dilihat, pernah timbul isu pada suatu masa dahulu dimana orang ramai berasa marah dengan kerajaan dan pemimpin parti politik kerana dikatakan mengabaikan golongan OKU dan hanya memberi perhatian terhadap golongan istimewa ini bila masa pilihanraya umum. Namun, bagi saya perkara ini sudah tidak benar sama sekali.

Datuk Noor Ehsanuddin, yang merupakan Ahli Parlimen Kota Tinggi telah membuktikan bahawa beliau bukan seperti pemimpin lain dimana focus beliau adalah sentiasa kepada pengundi dan masyarakat Kota Tinggi. Jika dilihat juga dari gambar-gambar yang disertakan, golongan OKU juga nampaknya selesa bergaul dengan ahli parlimen mereka dan bagi saya ini adalah satu perkembangan/hubungan yang sangat baik antara pemimpin setempat bersama ahli masyarakat mereka.

Secara jujurnya, saya berharap lebih banyak program sebegini dapat diadakan bukan sahaja di Kota Tinggi malah di seluruh negara supaya ukhwah antara pemimpin dan rakyat dapat dirapatkan lagi bagi kebaikan bersama. 

No comments:

Share This

Comments

Facebook Popup

Powered by Blog - Widget