KL CHRONICLE: @anwaribrahim Buat Drama Pulak Dah, Sekali Lagi Minta Ampun kepada Sultan Selangor

Thursday, September 18, 2014

@anwaribrahim Buat Drama Pulak Dah, Sekali Lagi Minta Ampun kepada Sultan Selangor



KETUM PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini sekali lagi kononya "memohon ampun" kepada Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah kerana mengeluarkan kenyataan pencalonan satu nama menteri besar merupakan konvensyen yang diamalkan sejak zaman kemerdekaan 1957.



Anwar dalam kenyataan balasnya terhadap Setiausaha Sulit Sultan Datuk Mohamad Munir Bani tengah hari tadi berkata, beliau hanya menyatakan apa yang berlaku dalam pengetahuannya semasa berada dalam kerajaan Barisan Nasional (BN) sejak 1982 hingga 1998.

"Ingin saya jelaskan, saya hanya menyatakan apa yang berlaku dalam pengetahuan saya terutama sepanjang saya dalam kerajaan Umno-BN, sejak 1982 hingga 1998.

"Sekiranya ada kekhilafan berlaku, saya mohon ampun daripada Sultan Selangor," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Munir dalam kenyataannya terdahulu hari ini menafikan dakwaan Anwar sambil menyifatkannya sebagai tidak tepat dan mengelirukan rakyat.

Katanya, Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail semasa kempen Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) menyatakan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim tidak semestinya dikekalkan sebagai menteri besar Selangor sekiranya Pakatan Rakyat (PR) menang.

Disebabkan itu, katanya Sultan Selangor melalui dirinya mengutus surat kepada ketua parti dalam PR untuk mencadangkan 4 nama calon menteri besar selepas PR mengekalkan kemenangannya di Selangor pada tahun lalu.

Munir juga mendedahkan, walaupun surat ketua parti PAS, PKR, DAP kepada istana mengesyorkan Khalid dilantik semula, tetapi pada masa sama baginda juga ada menerima pencalonan lain selain Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Pelabuhan Klang itu.

"Oleh kerana Khalid menyandang jawatan menteri besar Selangor sebelum ini dan mempunyai hubungan yang baik dengan pihak istana dan juga rakyat negeri Selangor, baginda berkenan supaya beliau dilantik semula menjadi menteri besar Selangor," katanya.

Beliau bagaimanapun enggan mendedahkan nama terbabit atas alasan menajdi polisi istana supaya tidak berbuat demikian, namun katanya keadaan memaksa sehingga istana terpaksa mengeluarkan kenyataan.

Jelasnya, apa yang berlaku semasa pentadbiran kerajaan BN, pemilihan calon menteri besar dipersembahkan kepada Sultan Selangor oleh perdana menteri melalui Majlis Menghadap Sultan.

Di dalam majlis itu, perdana menteri akan memberikan beberapa nama calon yang difikirkan layak untuk mendapat perkenan sultan.

"Daripada senarai nama-nama calon tersebut, Sultan Selangor akan memilih hanya satu orang calon untuk dilantik sebagai menteri besar," katanya.

Manakala pada 2008 katanya, keputusan PRU di Selangor yang tidak menyebelahi BN menyebabkan PKR, PAS, DAP bergabung dan menubuhkan PR bagi mendapatkan majoriti untuk mentadbir kerajaan negeri.

Katanya, pada ketika itu Sultan Selangor menitahkan setiap ketua parti PR membincangkan calon nama menteri besar dan semasa majlis perbincangan itu, terdapat beberapa calon yang disyorkan.

Jelasnya, disebabkan itu Sultan Selangor mengutus surat kepada ketua parti supaya memberikan 2 nama, dan ketiga-tiga pemimpin PR sebulat suara setuju mencalonkan Khalid.

"Oleh demikian, sekiranya Anwar tidak mempunyai fakta yang tepat, beliau dinasihatkan tidak mengeluarkan kenyataan yang boleh mengelirukan masyarakat dan menjejaskan imej Sultan Selangor," katanya.

Pada 9 September, dalam satu kenyataan memohon keampunan Sultan atas tindakan PKR hanya menamakan Dr Wan Azizah sebagai calon menteri besar Selangor, Anwar berkata partinya dan PR menghormati prinsip keluhuran perlembagaan serta menjunjung sistem raja berperlembagaan dan demokrasi berparlimen.

"Pihak kami akan terus merafak sembah dan memohon keampunan Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan seandainya keputusan kami mematuhi Undang-undang Tubuh Negeri Selangor dan amalan (convention) sejak 1957 menyebabkan terguris perasaan Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan," katanya.

Mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohammad pada 11 September lalu mendedahkan sepanjang pemerintahannya selama 22 tahun, beliau hanya memberikan satu nama calon sahaja kepada Sultan Selangor.

Namun katanya, tindakan PR mungkin menjengkelkan Sultan Selangor sehingga menyebabkan baginda mengubah konvensyen itu. – 18 September, 2014.

No comments:

Share This

Comments

Facebook Popup

Powered by Blog - Widget