KL CHRONICLE: Sekali Lagi Khalid Samad Persoal Kuasa Sultan untuk Melantik Menteri Besar #BubarDUN

Thursday, August 21, 2014

Sekali Lagi Khalid Samad Persoal Kuasa Sultan untuk Melantik Menteri Besar #BubarDUN

Sultan tidak sepatutnya diberi hak mutlak melantik menteri besar kerana sistem yang menjadi amalan di negara ini adalah sistem raja berperlembagaan, kata Ahli Parlimen Shah Alam dari PAS, Khalid Samad.



Katanya, komuniti netizen mula membangkitkan perkara itu ekoran krisis menteri besar di Selangor selepas PAS menyerahkan dua nama kepada Pakatan Rakyat (PR) untuk dipersembahkan kepada Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah.

"Kita tidak sepatutnya memberikan kuasa mutlak kepada Sultan untuk menentukan menteri besar, kerana ini sistem raja berperlembagaan," katanya ketika ditanya mengapa PR tidak menyerahkan dua nama calon menteri besar kepada sultan.

Pakatan memutuskan menghantar nama Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai calon menteri besar menggantikan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, sedangkan sebelum itu PAS mencalonkan dua nama iaitu Dr Wan Azizah dan Timbalan Presiden PKR Mohamed Azmin Ali.

Pakatan kemudiannya sepakat menghantar hanya nama Dr Wan Azizah selepas Azmin memutuskan menarik diri demi memberi keutamaan kepada keputusan parti.

Ahli Jawatankuasa PAS Pusat itu berkata, meskipun mereka menghantar lebih daripada satu nama kepada sultan, pemerintah itu tetap hanya akan memilih satu nama. – 21 Ogos, 2014. 

1 comment:

Cikgu Di said...

Buat lah apa saja Abang Samad oi..masa ada kuasa ni..kok-kok pencen besok Abang Samad tak mahu jadi citizen Selongor pun boleh....

Share This

Comments

Facebook Popup

Powered by Blog - Widget