KL CHRONICLE: Risau Selangor Diambang Kemusnahan, Sultan Selangor pulang 4 hari lebih awal selesai krisis MB

Wednesday, August 20, 2014

Risau Selangor Diambang Kemusnahan, Sultan Selangor pulang 4 hari lebih awal selesai krisis MB

Baginda Sultan Selangor pulang lebih awak untuk selesaikan masalah yang dilakukan oleh PKR

Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah memendekkan percutian luar negaranya dan akan pulang pada 23 Ogos, empat hari lebih awal daripada jadual asal, kata sumber kerajaan negeri

Baginda pada awalnya dijadual pulang pada 27 Ogos.

Krisis menteri besar Selangor kini bergantung kepada keputusan Sultan Selangor selepas pulang nanti.



Pakatan Rakyat (PR) sudah mencadangkan Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail menggantikan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.
Sebelum ini, Sultan Selangor mengarahkan Khalid tidak membuat apa-apa keputusan atau pengumuman mengenai kedudukannya sehingga kepulangan beliau.

Khalid bertemu dengan Sultan Sharafuddin pada 11 Ogos, dua hari selepas PKR memecatnya.

Selepas PAS menarik kembali sokongan terhadap Khalid pada Ahad lalu, MB Selangor itu menulis surat memohon menghadap Sultan.

Setiausaha Sulit kepada Sultan Selangor, Datuk Mohamad Munir Bani berkata, istana sudah menerima surat daripada Khalid dan memaklumkan kepada Sultan Sharafuddin.

"‎Permohonan beliau sudah saya sembah maklum kepada Tuanku.

"Bagaimanapun, baginda menitahkan supaya Khalid menunggu sehingga baginda berangkat balik ke tanah air dalam tempoh beberapa hari lagi," katanya.

Menurut Munir, Khalid memohon bertemu Sultan di luar negara untuk menjelaskan tentang perkembangan terbaru di Selangor selepas ditolak PAS.

Sebelum itu, Khalid berkata beliau boleh terus memerintah Selangor dengan hanya empat Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (exco) daripada PAS. –

No comments:

Share This

Comments

Facebook Popup

Powered by Blog - Widget