KL CHRONICLE: Pemuda Umno KL kepada Dr M: Najib tungkus lumus ‘baiki’ kesilapan lalu

Wednesday, August 20, 2014

Pemuda Umno KL kepada Dr M: Najib tungkus lumus ‘baiki’ kesilapan lalu

Mohd. Razlan (tengah) bersama pemimpin UMNO Wilayah
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menghadapi cabaran lebih besar mentadbir negara ketika ini, dan terpaksa membaiki kesilapan akibat tindakan mereka yang tidak bertanggungjawab dan lupa kepentingan rakyat, kata Ketua Pemuda Umno Wilayah Persekutuan Mohd Razlan Muhammad Rafii, menjawab kritikan Tun Dr Mahathir Mohamad.




Razlan berkata, disebabkan cabaran yang begitu besar, Najib terpaksa berhati-hati dalam membuat keputusan bagi mengelakkan kerugian kepada semua pihak.

"Rakyat dapat menilai perdana menteri bertungkus lumus ‘membaiki’ kesilapan lalu yang menyebabkan orang Melayu cuba menjauhi parti Melayu ini," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

"Kesilapan lalu bukan terjadi dengan sendirinya tetapi terjadi akibat daripada kerja-kerja tidak bertanggungjawab orang kita sendiri yang lupa akan kepentingan rakyat.

"Walaupun ianya tampak sukar dilaksanakan tetapi tidak mustahil jika ditangani secara perlahan-lahan akan membuahkan hasil yang baik," katanya.

Najib sebelum ini dikritik bekas perdana menteri Dr Mahathir yang mengatakan perdana menteri tidak mendengar nasihatnya dan disebabkan itu, beliau perlu menegur presiden Umno itu.

Dr Mahathir yang berkhidmat sebagai perdana menteri selama 22 tahun berkata, polisi dan dasar Najib yang lebih suka membisu sekiranya berlaku sesuatu isu juga mengakibatkan orang ramai kini tidak lagi menghormati Perlembagaan dan isu perkauman dan agama juga meningkat.

Selain itu Dr Mahathir kecewa kerana Najib tidak mengambil iktibar daripada kelemahan dalam Pilihan Raya Umum ke 13 (PRU13) yang keputusannya lebih buruk berbanding Tun Abdullah Ahmad Badawi pada 2008.

Razlan berkata, isu-isu besar seperti kehilangan pesawat Malaysia Airlines MH370, dan insiden nahas pesawat MH17 ternyata memberikan cabaran buat perdana menteri.

"Musibah kehilangan pesawat Malaysia Airlines MH17 yang ditembak jatuh di Ukraine pasti merupakan dugaan besar bukan saja kepada perdana menteri bahkan ia turut dirasai sendiri oleh rakyat Malaysia keseluruhannya.

"Misteri kehilangan pesawat MH370 juga sehingga kini tidak bertemu jawapannya sudah pasti membuatkan perdana menteri sendiri mencari pelbagai inisiatif bantuan seluruh dunia agar ianya ditemui," kata Razlan.

Beliau berkata, perkembangan pesat media sosial dan penyebaran maklumat palsu dan fitnah juga menyukarkan tugas Najib berurusan dengan persepsi orang ramai.

"Tak dinafikan cabaran perdana menteri ke-6 ini jauh lebih mencabar dengan pelbagai bentuk dugaan yang tidak terduga ditambah lagi dengan kemodenan komunikasi yang sukar dibendung dalam kepelbagaian bentuk penyebaran berita dan fitnah yang boleh mematikan semangat pemimpin ini meneruskan perjuangannya memartabatkan kepentingan agama, bangsa dan negara," katanya. – 19 Ogos, 2014.

3 comments:

Unknown said...

Ya ke Najib bertungkus lumus? Kalau Najib bertungkus lumus takkanlah Cina dan Keling sewenang wenang menghina Melayu, Sultan dan Islam. Yang terbaru menghina Islam, Melayu dan Sultan ialah anak saudara Karpal Singh.

Soalan saya mengapa mereka ini tidak menghormati Perlembagaan dan kontrak sosial?

mohammad azren fooldog PH yg bahalol said...



Nah, klik disini dan lihatlah perancangan DAJJAL LAKNATULLAH untuk rakyat Malaysia demi sekelumit kuasa yang tidak kekal abadi.

Jahanamlah sesiapa yang sanggup bersekongkol dengan DAJJAL LAKNATULLAH tu.


tobeng said...

Oh ada rupanya ketua pemuda.Maklumlah bos kena hentam,boleh jejas periuk nasi tu...bahaya tu.Mestilah kena bangun.

Share This

Comments

Facebook Popup

Powered by Blog - Widget