KL CHRONICLE: Pemimpin DAP Pulau Pinang ditahan polis kes militan PPS

Sunday, August 31, 2014

Pemimpin DAP Pulau Pinang ditahan polis kes militan PPS




Pemimpin DAP negeri Pulau Pinang Phee Boon Poh ditahan polis jam 6.30 petang ini susulan penangkapan seramai 154 anggota militan PPS di George Town pagi tadi.

Phee sebelum ini mengaku bertanggungjawab sepenuhnya ke atas PPS, badan yang ditubuhkan di bawah kerajaan negeri tetapi tidak berdaftar dengan Pendaftar Pertubuhan.



Anggota PPS ditahan sepasukan polis jam 10.15 pagi sebaik sahaja mereka menyertai perarakan hari kemerdekaan peringkat negeri di Padang Kota Lama.

Jumaat lalu, Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar memberi amaran akan menangkap anggota PPS sekiranya meneruskan aktiviti mereka, dan menuduh badan itu terpesong dari matlamat penubuhannya empat tahun lalu iaitu berkhidmat kepada masyarakat.

Mengulas perkara itu, Phee melahirkan kekecewaan terhadap tindakan polis sambil mengaku terdapat tuduhan salahlaku jenayah melibatkan anggota PPS.

Dalam kes pertama, seorang anggota mengaku bersalah dan meminta maaf kerana menyerang seorang wartawan, sementara kes kedua masih dalam siasatan.

1 comment:

usin said...

Cakap besar sgt, padan muka. Kata nk lawan....haaa kan dh kena.

Share This

Comments

Facebook Popup

Powered by Blog - Widget