KL CHRONICLE: Pelekat Aduan SPAD Di Pengangkutan Awam , Pandangan Seorang Pengguna Jalan Raya

Saturday, August 30, 2014

Pelekat Aduan SPAD Di Pengangkutan Awam , Pandangan Seorang Pengguna Jalan Raya

No Hotline yang perlu dipamerkan oleh setiap pengangkutan awam darat
Saya pasti ramai diantara kita yang telah menggunakan Lebuhraya Utara Selatan dan perasan setiap kali ada bas yang cuba memotong kenderaan kita, di belakang bas tersebut ada satu pelekat yang memaparkan no aduan SPAD dimana jika bas tersebut telah melanggar apa-apa undang di jalan raya kita sebagai rakyat Malaysia dan pengguna boleh melaporkan perkara ini kepada pihak berwajib. Namun begitu, saya juga pasti terdapat sebilangan diantara kita juga menyedari TIDAK SEMUA bas yang mempamerkan pelekat aduan seperti yang disyaratkan.



Menyedari hakikat bahawa sebelum ini terdapat syarikat bas yang tidak mempamerkan pelekat aduan, pihak SPAD telah mengeluarkan satu pekeliling bagi mewajibkan setiap pengendali perkhidmatan kenderaan perkhidmatan awam, perkhidmatan kenderaan barangan dan pemegang lesen perkhidmatan kenderaan pelancongan Semenanjung Malaysia ("Pelesen") melekatkan pelekat nombor aduan bebas tol SPAD pada badan setiap kenderaan Pelesen. 

Bagi saya, perkara yang dilakukan oleh SPAD ini adalah tepat dan kena pada masanya. Sudah banyak kes yang berlaku pada masa dahulu dimana pengguna lebuhraya mendapati Bas telah melanggar peraturan seperti menggunakan lorong kecemasan, tetapi tidak ada mekanisma untuk melaporkan perkara ini. Dengan mewajibkan setiap pelesen melekatkan nombor aduan, perkara ini dapat diselesaikan. 

Selain itu, pemandu Pelesen juga akan lebih berhati-hati ketika memandu kenderaan mereka kerana mereka mengetahui setiap kesalahan yang mereka lakukan akan diperhatikan oleh orang ramai dan laporan kepada pihak berkuasa akan dilakukan dengan serta merta. Ini sekaligus dapat mengurangkan kemalangan di jalan-raya dan "make our roads more safer for the public". 

Konklusinya, saya berharap langkah pro-aktif yang dilakukan oleh SPAD ini akan dilakukan secara konsisten, dengan sokongan dari  call operators secara berterusan i.e. 24 jam bagi memastikan objektif program ini berjaya. Kejayaan program ini bergantung kepada setiap "stakeholders" untuk memainkan peranan secara kolektif dan efektif. Insyallah.


No comments:

Share This

Comments

Facebook Popup

Powered by Blog - Widget