KL CHRONICLE: Makin Gila, Kini Adun PKR Selangor diminta bersumpah sokong Wan Azizah

Friday, August 8, 2014

Makin Gila, Kini Adun PKR Selangor diminta bersumpah sokong Wan Azizah

A copy of the letter which PKR wants its state assemblymen in Selangor to sign to solidify support for party president Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail.

PKR semakin diambang kemusnahan apabila meminta semua wakil rakyatnya di Selangor untuk bersumpah memberikan sokongan kepada Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai menteri besar pada hari ini, dalam usaha untuk mengasingkan penyandangnya Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim yang enggan berhenti.



Arahan yang dikeluarkan beberapa jam selepas Khalid dipanggil semalam menghadiri perbicaraan Lembaga Disiplin hari ini untuk menjelaskan keengganan beliau meletak jawatan sebagai menteri besar Selangor.

Screen shot arahan Adun Pakatan Rakyat di Selangor perlu mengisi borang dan diserahkan hari ini berhubung sokongan terhadap calon menteri besar baharu Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Kami ditunjukkan satu salinan akuan berkanun yang dihantar kepada sekurang-kurangnya 12 daripada 14 wakil rakyat PKR di Selangor.

Kenyataan bersumpah itu mengesahkan wakil rakyat berkenaan hilang kepercayaan kepada Khalid sebagai menteri besar dan berikrar menyokong Dr Wan Azizah untuk mengambil alih tugas itu.

Satu sumber PKR berkata, wakil rakyat perlu menandatangani beberapa borang dan menyerahkannya kepada Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim selewat-lewatnya jam 10 pagi hari ini.

Tidak diketahui apakah semua wakil rakyat PKR menandatangani akuan berkanun itu menjelang mesyuarat kepimpinan Pakatan Rakyat (PR) yang dijadualkan pada Ahad ini.

“Langkah ini bertujuan memantapkan lagi sokongan kepada Dr Wan Azizah di Selangor. Beliau disokong pucuk pimpinan, kini sokongan perlu datang daripada wakil rakyat Selangor,” kata sumber dalaman parti.

Dua lagi parti bersekutu, DAP dan PAS akan membuat keputusan masing-masing pada Ahad dan rabu jika mereka menyokong Dr Wan Azizah sebagai menteri besar baharu. Tiga parti berkenaan memegang 44 daripada 56 kerusi DUN dalam Dewan.

No comments:

Share This

Comments

Facebook Popup

Powered by Blog - Widget